Sunday 25 May 2014

Memperkenalkan J3 Homestay Tawau

Tawau Super Budget Homestay

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia!
Akhirnya tiba lah sudah masanya untuk kami memperkenalkan J3 Homestay Tawau pada anda semua. Inilah homestay yang paling di nanti-nantikan kemunculannya di daerah Tawau. Kenapa? Kerana ini adalah satu-satunya homestay super budget yang paling murah di seluruh Tawau. Homestay 3 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Boleh muat sehingga 16 orang. Sesuai bagi mereka yang datang ke Tawau untuk majlis perkahwinan/pertunangan, untuk menghadiri kursus, sukan dan lain-lain lagi.




Kenapa Anda Harus Memilih J3 Homestay Tawau?


*Hanya 8 minit  dari Bandar Tawau

*Dekat dengan Pasar Tanjung Tawau dan Pasar Gantung Tawau    yang sangat terkenal di seluruh Malaysia

*Terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Tawau, sekolah-sekolah dan surau.

*Ada pondok polis, pasaraya, cold storage, pasar ikan dan sayur, restoran, bengkel, salun & klinik 1 Malaysia dalam jarak 1 minit dari kawasan homestay.

*Hanya 15 minit dari pusat rekreasi & pelanconganTaman Bukit Tawau (Tawau Hills Park). Di sini anda boleh melihat pokok yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga air terjun yang menarik.

*Mudah mendapatkan pengangkutan awam. Ada perhentian bas dalam lingkungan 40 meter dari kawasan homestay. 

*Penduduk di sekitar homestay terdiri daripada polis, tentera, guru, jururawat. Kawasan kejiranan adalah baik & selamat.





Kemudahan & peralatan yang ada di dalam J3 Homestay Tawau:

RUANG TAMU
Set sofa, meja, set televisyen (Astro Njoi), kipas berkawalan jauh

DAPUR
Set meja makan, periuk nasi, cerek air elektrik, pinggan mangkuk, sudu, gelas, kuali, dapur gas, tong gas, pisau, penyapu, penyedok sampah, tong sampah, cecair pencuci pinggan, cecair pencuci tangan. Kami juga turut menyediakan beras, garam, gula, bawang, kicap untuk memudahkan anda memasak nanti.

BILIK TIDUR
Bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin manakala bilik tidur yang lain dilengkapi dengan kipas angin. Bilik tidur utama  juga dilengkapi dengan katil divan queen size, bilik tidur kedua dilengkapi dengan katil divan single size, bilik tidur ketiga dan keempat dilengkapi dengan katil queen size. Semua bilik tidur lengkap dengan cadar, comforter dan bantal.

BILIK AIR
Tandas, sinki, baldi, cecair mandian, syampu, cermin muka, penggantung tuala

RUANG UTILITI
Mesin basuh, cecair pencuci baju, penyidai baju, seterika



=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=



J3 Homestay Tawau