Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya dari J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Raya Dari J3 Homestay Tawau
Selamat Hari Raya dari J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Raya warga Tawau! Kini kita telah pun memasuki hari raya yang ke-2 pada tahun 2014. Bagaimana hari raya anda pada tahun ini? Diharapkan perayaan hari raya tahun ini lebih gembira dan lebih bermakna di samping keluarga tersayang.

Kami di J3 Homestay Tawau turut mengambil kesempatan ini untuk bercuti pada hari raya pertama dan kedua. Pada hari raya ketiga iaitu esok, J3 Homestay Tawau akan menerima tetamu. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan pada yang sudi memilih kami sebagai destinasi percutian anda di hari raya ini.

Kami akan cuba memberi yang terbaik untuk anda. Untuk makluman anda semua, jalan di kawasan Taman Semarak agak jem sedikit pada hari raya ini. Tapi dijangka keadaan akan kembali seperti biasa di kawasan perumahan ini pada esok hari (raya ke-3) kerana ramai yang telah kembali bekerja. 

Bagi tetamu yang telah menempah homestay dengan kami, anda semua tidak perlu risau sebenarnya untuk mencari lokasi homestay kami. Ini kerana pada hari anda check in, pekerja kami akan menjemput anda dan menunjukkan jalan ke homestay kami ini. 

Bagi bulan ogos depan ada beberapa tempahan yang sudah kami ambil. Tapi masih ada kekosongan lagi di tarikh-tarikh tertentu. Kalau anda berminat untuk merasai penjimatan wang yang sebenar, jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay Tawau. Kami jamin, sewa kami adalah yang paling menakjubkan. Tidak percaya? hubungi kami di talian 013-5499-359 dan kita nego sampai jadi.

Akhir kata, sempena Hari raya ini kami di J3 Homestay Tawau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Tawau dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sekiranya ada salah dan silap, kami menyusun 10 jari memohon maaf dari anda semua. Semoga raya tahun ini memberi seribu keriangan untuk kita semua :)


1 comment:

  1. Selamat hari raya.. dr kami di myTawau.
    lawat2 blog kamu nie. :)

    fb.me/myTawau

    ReplyDelete