Friday 29 August 2014

Di J3 Homestay Tawau Lahirnya Sebuah Cinta

J3 Homestay Tawau

Di J3 Homestay Tawau lahirnya sebuah cinta. Kalau nak tahu, ramai penyewa kami terdiri dari mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di Tawau dengan orang Tawau. Homestay kami disewa bagi menempatkan keluarga bakal mertua, bakal ipar dan bakal saudara etc. Ada yang baru kali pertama bertemu bakal pengantin semasa tiba di homestay kami. Jadi ia lah, boleh la dikatan di J3 Homestay ini lahirnya sebuah cinta. Cinta antara dua keluarga yang saling tak kenal dan kini menjadi keluarga.

Di sini lahirnya sebuah cinta juga sebenarnya merupakan tema hari kemerdekaan kita pada tahun ini. Sedar tak sedar, sudah hampir 57 tahun negara kita merdeka. Lagi 2 hari sahaja lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan. Kami di J3 Homestay Tawau amat teruja menyambut merdeka kali ini. Mana tidaknya, rezeki kami di sepanjang bulan merdeka ini memang cukup menggembirakan. Sepanjang bulan merdeka ini kami tidak putus-putus menerima tetamu di homestay kami. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.

Sebagai rakyat Malaysia juga kami amat bersyukur kerana negara kita sentiasa aman, damai dan sejahtera. Semoga keamanan di negara kita sentiasa terpelihara. Dalam Malaysia, kita semua bersaudara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan pangkat. Sama-sama lah kita menjaga negara yang kita sayangi ini bersama-sama. Kita 1 Malaysia dari dulu, kini dan selamanya. Selamat menyambut hari merdeka untuk semua dan terima kasih banyak kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada kami di J3 Homestay Tawau. Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Sunday 17 August 2014

Homestay Paling Murah Di Tawau

Homestay Paling Murah Di Tawau

Betul ke ini homestay yang paling murah di Tawau? Macam tak betul saja? Itu antara sms yang kami pernah terima dari seorang bakal pelanggan kami. Kami beritahu dia, antara banyak-banyak homestay yang ada di Tawau, kami menyediakan homestay 4 bilik yang paling lengkap pada harga yang sentiasa menurun. Makin lama anda sewa, semakin murah. Malah kami pernah sewakan homestay kami ini pada kadar RM95/Malam kerana pelanggan yang menyewa itu menyewa agak lama. 

Memang ohsem kan? pelanggan itu sendiri terkejut kerana boleh dapat harga kurang dari RM100/malam bagi sebuah rumah 4 bilik yang lengkap serba-serbinya. Tapi kami memang suka buat pelanggan kami gembira. Sebab pelanggan adalah punca rezeki kami.

Lihat kadar sewa homestay kami yang kami paparkan di atas. Kalau sewa 1 malam, anda hanya perlu bayar RM190 sahaja. Memang sangat menakjubkan kerana homestay ini dapat memuatkan sehingga 16 orang, wang anda dapat dijimatkan. Bilik pun ada 4 buah. Selain bilik yang banyak, kami juga menyediakan tilam, bantal dan selimut yang cukup untuk semua orang. Dan yang paling best, kami takkan caj anda lebih-lebih kalau anda datang dalam kumpulan yang ramai. Kami tak kisah. Yang penting anda selesa dan gembira.

Lokasi homestay kami juga adalah berdekatan dengan bandar Tawau. Berhampiran dengan homestay terdapat banyak kedai, restoran, klinik untuk kemudahan anda. Memang strategik sangat. Jadi anda boleh nilai sendiri kadar sewa kami dengan apa yang kami berikan untuk anda. Ingat, makin lama anda sewa, makin murah harga yang kami berikan. Kami jenis tak berkira. Yang penting anda gembira. Jadi adakah homestay kami ini yang paling murah di Tawau? Dengan yakin kami akan jawab, YA!

Homestay kami ini sentiasa padat jadualnya. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan, sila buat tempahan awal ya. Hubungi saja kami di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan anda. Terima kasih :)

Tuesday 5 August 2014

Kami Ada Hadiah Istimewa Untuk Anda Semua!

Ebook Percuma J3 Homestay Tawau


Hello semua, kami ada hadiah istimewa untuk anda! Hari ini dah masuk raya yang ke-9, keadaan dah mula kembali normal, tiada lagi keadaan jem yang luarbiasa. Maklum la, ramai orang yang sudah mula bekerja semenjak kelmarin. Murid-murid sekolah pun sudah mula bersekolah seperti biasa.

Di hari selasa ini kami di J3 Homestay Tawau ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah ebook mengenai tempat-tempat yangw menarik di Tawau. Anggaplah ini sebagai hadiah istimewa dari kami untuk anda semua. Biasanya kalau orang datang ke Tawau, tempat yang dituju adalah Pasar Tanjung dan Pasar Gantung sahaja. Ramai sebenarnya yang menganggap Tawau ini tiada tempat menarik dan sangat membosankan berbanding Semporna.

Atas dasar itu kami dengan berbesar hati ingin berkongsi ebook ini secara PERCUMA kepada semua. Di dalam ebook ini ada tersenarai 9 tempat yang sangat-sangat menakjubkan. Anda mungkin tidak sangka ada tempat yang sebegini istimewa di Tawau.

Ebook ini sangat sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang bercadang hendak bercuti di Tawau. Bagi yang ada urusan kerja di Tawau juga boleh membaca buku ini. Mana tahu di masa lapang nanti anda boleh pergi melawat salah satu tempat yang disebutkan di dalam ebook ini. 

Pasar Tanjung dan Pasar Gantung memang tarikan yang paling utama di Tawau. Tapi 9 tempat yang disebutkan di dalam ebook ini juga tidak kalah hebatnya. Jadi tunggu apa lagi, sila download ebook yang hebat ini di link yang berikut. Percuma untuk anda!! https://www.dropbox.com/s/gheuu0as7kfedjg/Tawau%20Ebook.pdf , jangan lupa kongsikan pendapat anda mengenai ebook ini dengan kami nanti ya. Selamat membaca!