Monday 20 October 2014

Apabila Pelanggan Homestay Berpuashati - A Testimonial

J3 Homestay Tawau Testimonial
Book Sekarang! call/sms/whatsapp 013-5499-359

Selamat sejahtera kami ucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke blog rasmi J3 Homestay Tawau. Hari ini kami diberi kejutan yang menggembirakan oleh salah seorang pelanggan yang pernah menginap di J3 Homestay Tawau. Screenshot whatsapp di atas merupakan perbualan di antara kami di J3 Homestay Tawau dan juga isteri kepada Encik Muhammad Rizal yang telah menyewa homestay kami dari 13hb Oktober 2014 hingga 17hb Oktober 2014.

Kami berasa amat gembira kerana mereka sekeluarga berpuashati dengan layanan dan perkhidmatan yang kami telah berikan di J3 Homestay Tawau. Disamping itu kami juga bersyukur kerana ada juga pelanggan yang baik seperti mereka yang sudi memilih perkhidmatan homestay kami di Tawau.

Selain menyewa homestay, Encik Muhammad Rizal sekeluarga juga telah sudi menyewa van daripada kami. Untuk makluman, kami di J3 Homestay turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk semua pengunjung-pengunjung di homestay kami. Harga memang gerenti yang paling murah di seluruh Tawau. Dijamin.

Untuk Encik Muhammad Rizal sekeluarga, sekali lagi berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada encik sekeluarga. Semoga Encik sekeluarga dimurahkan rezeki dan dapat berkunjung ke Tawau lagi ya. Pada bakal-bakal pengunjung daerah Tawau, kami di J3 Homestay sedia menanti anda. Kami tawarkan pada anda perkhidmatan homestay yang murah, murah dan mesra. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan homestay yang paling best di Tawau, hubungi kami di J3 Homestay Tawau. Kami sedia membantu anda :)

Tempah sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

No comments:

Post a Comment