Wednesday 31 December 2014

Happy New Year dari J3 Homestay Tawau

Happy new year dari J3 Homestay Tawau

Selamat tahun baru 2015 dan happy new year dari kami di J3 Homestay Tawau. Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Lagi 1 jam 38 minit kita berada di tahun 2014, tahun yang banyak pahit dan manisnya untuk kita semua. Bagi semua rakyat Malaysia, di tahun 2014 begitu banyak peristiwa sedih terjadi di sepanjang 2014. Tapi banyak juga peristiwa yang boleh membuat kita tersenyum. Yang pastinya di tahun 2014 ni ramai orang yang melangsungkan perkahwinan. Betul kan?

Bagi kami di J3 Homestay Tawau, tahun 2014 adalah tahun yang cukup baik. Keuntungan semakin bertambah, pelanggan setia pun semakin ramai. Untuk makluman, di tahun ini juga lah kami telah mula bertapak dengan menwarkan servis homestay yang paling murah di seluruh Tawau. Memang tahun ini merupakan tahun yang menyaksikan perkembangan kami sebagai peneraju homestay bajet rendah yang semakin menjadi pilihan di daerah Tawau ini. Ini tak mampu kami capai tanpa sokongan yang tak berbelah bagi dari anda semua. Terima kasih!

Di tahun 2015 dan seterusnya, kami harapkan J3 Homestay Tawau akan menjadi semakin maju dan semakin proaktif dalam memberi servis homestay yang murah untuk seluruh warga Malaysia dan luar Malaysia. Kami juga berharap sokongan yang kami terima di sepanjang tahun 2014 akan berterusan hingga ke tahun 2015. Untuk negara Malaysia yang tercinta dan Sabah Tanahairku, semoga semakin aman damai sentosa. Semoga kita semua saling hormat-menghomati, saling bantu membantu tanpa mengira agama, bangsa dan status. Kita 1 Malaysia selamanya. OK?

Selamat Tahun Baru and Happy New Year 2015 dari kami semua di J3 Homestay Tawau :)


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)

Thursday 25 December 2014

Selamat Hari Natal dari J3 Homestay Tawau

Merry Christmas from J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Natal dan Merry Christmas daripada kami di J3 Homestay Tawau. Seperti biasa, kita di Malaysia dan juga di seluruh dunia akan merayakan sambutan Krismas pada setiap 25hb Disember. Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, berbilang bangsa, kaum dan agama kita akan merayakan banyak perayaan setiap tahun. Itu keunikan kita di Malaysia dan kita bangga dengan keunikan itu.

Ucapan Krismas ini kami tujukan khas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Semoga sambutan Krismas tahun 2014 ini lebih meriah dan lebih bermakna di samping keluarga tersayang. Seperti biasa adat kunjung-mengunjung akan dibuat pada setiap perayaan di Malaysia. Di Krismas tahun ini marilah kita sama-sama mengunjungi dan meraikan Krismas bersama rakan-rakan kita semua.

Akhir kata, Merry Christmas and happy holiday... ho! ho! ho!


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau