Thursday 25 December 2014

Selamat Hari Natal dari J3 Homestay Tawau

Merry Christmas from J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Natal dan Merry Christmas daripada kami di J3 Homestay Tawau. Seperti biasa, kita di Malaysia dan juga di seluruh dunia akan merayakan sambutan Krismas pada setiap 25hb Disember. Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, berbilang bangsa, kaum dan agama kita akan merayakan banyak perayaan setiap tahun. Itu keunikan kita di Malaysia dan kita bangga dengan keunikan itu.

Ucapan Krismas ini kami tujukan khas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Semoga sambutan Krismas tahun 2014 ini lebih meriah dan lebih bermakna di samping keluarga tersayang. Seperti biasa adat kunjung-mengunjung akan dibuat pada setiap perayaan di Malaysia. Di Krismas tahun ini marilah kita sama-sama mengunjungi dan meraikan Krismas bersama rakan-rakan kita semua.

Akhir kata, Merry Christmas and happy holiday... ho! ho! ho!


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

4 comments:

  1. Mery Krismas untuk mereka yang berkenaan..ya..saya sayang malaysia..unik kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia mmg unik dan terbaik.. kami pun sayang Malaysia :)

      Delete