Wednesday 13 May 2015

J3 Homestay Tawau Fully Booked

Homestay Tawau
call/sms/whatsapp 013-5499-359 untuk tempahan di tarikh lain

Untuk makluman semua, J3 Homestay Tawau telah pun fully booked untuk tarikh seperti yang tertera di atas, iaitu dari 28 Mei 2015 hingga 7 Jun 2015. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan.

Kalau nak tahu, tarikh di hujung-hujung bulan Mei sememangnya adalah tarikh yang sangat "hot". Bayangkanlah, hampir berpuluh-puluh panggilan, sms dan whatsapp yang kami terima dari mereka yang ingin menempah homestay di penghujung bulan Mei ini. Paling top adalah tarikh 30 & 31 Mei. Maklumlah, tarikh berkenaan merupakan cuti Pesta Kaamatan bagi seluruh rakyat di negeri Sabah. Selain itu, tarikh berkenaan juga sememangnya adalah tarikh bagi cuti sekolah. Jadi tidak hairanlah kalau ramai sungguh yang ingin menempah homestay pada tarikh berkenaan.

Nampaknya ramai yang ingin ke Tawau pada tarikh berkenaan kan? mungkin untuk bercuti, mungkin juga untuk menghadiri event seperti perkahwinan ahli keluarga. Tapi dukacita dimaklumkan, J3 Homestay Tawau memang sudah fully booked ya untuk penghujung Mei hingga ke awal Jun nanti. Suka kami nasihatkan di sini, sekiranya tidak ingin terlepas menginap di J3 Homestay Tawau, silalah membuat tempahan awal. Deposit hanya RM50 sahaja untuk tempahan dan kami juga akan memberi invois check-in untuk anda selepas pembayaran deposit. Jadi tempahan anda adalah selamat. Ramai yang kecewa sebenarnya kerana sudah tiada kekosongan di homestay kami. Tak mengapa, lain kali kalau datang ke Tawau, cepat-cepat hubungi kami ya. 

Kepada yang telah membuat tempahan awal, terima kasih. Kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan, terima kasih. Pokok pangkalnya, terima kasih pada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Dengan adanya sokongan anda, J3 Homestay akan kekal berdiri di Tawau sebagai homestay peneraju harga murah untuk anda semua. Trimas ;)



Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau



Monday 4 May 2015

Tawau Bajet Homestay


Sudah 4 hari kita di bulan Mei. Terima kasih pada semua yang sudi menginap di Tawau Bajet Homestay atau J3 Homestay Tawau sepanjang bulan April yang lepas. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Pada bulan April kebanyakan tetamu kami datangnya dari mereka-mereka yang berkonvoi dan juga rombongan meminang. Ada juga yang terdiri dari pelajar-pelajar IPT. Terima kasih semua ya. Harap-harap anda semua berpuashati dengan perkhidmatan yang kami sediakan di J3 Homestay Tawau.

Untuk bulan Mei ini penjimatan diteruskan seperti biasa. Status bajet homestay akan kami kekalkan. Walaupun berstatus bajet, tapi perkhidmatan yang kami sediakan di homestay kami adalah yang paling mantap di Tawau. Harapan kami agar anda berasa berbaloi dengan bayaran yang anda bayar kepada kami. Sekiranya anda berminat mahu menyewa homestay ini pada bulan ini ataupun mahu membuat booking untuk bulan-bulan yang akan datang, sila hubungi kami di talian 013-5499-359. Sekiranya tidak dapat bercakap dengan kami, sila tinggalkan pesanan melalui whatsapp ataupun sms. Kami akan segera membalas.

Untuk tempahan, kami cuma memerlukan deposit sebanyak RM50 sahaja. Selepas anda membuat bayaran deposit, kami akan menghantar invois express melalui whatsapp kepada anda. Jadi jangan ragu-ragu untuk menginap di J3 Homestay Tawau iaitu pelopor homestay bajet di daerah Tawau ini. Hubungi kami dengan segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan anda sekarang ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau