Friday 9 December 2016

Kadar Sewa Baru J3 Homestay Tawau

Hello semua! Dah lama kami tak post apa-apa di blog ni kan? Maklum lah, kami di J3 Homestay Tawau agak sibuk menguruskan tempahan anda semua. Terima kasih atas sokongan ya. Pada post kali ini kami ingin mengumumkan kadar sewa baru di J3 Homestay Tawau. Jangan risau, harga sewa sebenarnya masih sama macam yang dulu. Cuma diringkaskan sahaja. Jom semak kadar sewa yang diperbaharui ini ya:



Macam mana? Lebih kurang sama sahaja kan? Untuk homestay 4 bilik di Tawau yang serba lengkap, kami masih yang termurah. Musim cuti sekolah ini seperti biasalah, J3 Homestay diserbu oleh para penyewa. Ada yang dah lama booking, ada pula yang hari ni nak masuk baru hubungi kami. Apa pun, terima kasih semua. Maaf pada yang tak dapat menyewa dengan kami. Kadang-kadang kami tak dapat nak terima semua tempahan. Lagi-lagi pada tarikh-tarikh yang popular seperti di hujung minggu. Ramai sangat yang tempah.

Tapi tak apa, next time boleh lagi. Pada yang berminat menempah homestay kami pada kadar yang diperbaharui ini, jangan lupa SMS/WHATSAPP J3 Homestay Tawau di talian 013-5499-359. Siapa cepat, dia dapat yea. Oh ya, kenapa SMS/WHATSAPP saja? Nak call tak bolehkah? Begini, kami belajar dari kesilapan. Banyak yang kami belajar. Bila call, perbualan verbal, kadang-kadang apa yang kami sampaikan tidak seperti yang diterima (difahami) pelanggan. Lepas tu nanti timbul isu "eh, hari tu bukan kamu cakap begini kah?" Jadi untuk elakkan misunderstanding, kami sekarang prefer black and white, bertulis. Anything nanti, boleh refer semula pada thread perbualan. Mudah kan? Jadi untuk tempahan seterusnya, sila SMS/WHATSAPP kami di talian 013-5499-359 ya. Terima kasih dan terukan memberi sokongan.


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau