Tuesday, 17 February 2015

Gong Xi Fa Cai dari J3 Homestay Tawau

Gong Xi Fa Cai dari J3 Homestay Tawau


Tidak lama lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai dari kami semua di J3 Homestay Tawau. Tahun ini merupakan tahun kambing. Jadi apa yang menarik di tahun kambing ini? Menurut sumber cina, kambing dikatakan suka pada keamanan tapi tidak suka pada perubahan. Mungkin di tahun kambing ini kita akan mendapat lebih banyak keamanan berbanding tahun-tahun yang lepas. Maklumlah, sekarang ini kalau tengok dalam berita, asyik perang saja kan. Kemusnahan tak payah cakap lah. Semoga dengan bermulanya tahun kambing nanti kita akan dilimpahi dengan kedamaian.

Kami di J3 Homestay Tawau memang teruja menunggu kehadiran tahun baru cina pada tahun ini. Seperti biasa, kalau tiba saja musim perayaan maka bisnes homestay yang kami usahakan juga akan mendapat banyak keuntungan. Ini kerana memang ramai orang yang akan menyewa homestay di musim-musim percutian dan perayaan seperti tahun baru cina. Disamping itu, kami juga gembira kerana dapat merayakan tahun baru cina kali ini dengan rakan-rakan kami yang beragama Buddha. Itulah keunikan kita di Malaysia, kita merayakan semua perayaan bersama-sama tanpa prejudis, lebih-lebih lagi di Tawau ini. Hubungan antara rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama memang erat. Semoga ianya akan kekal begitu selamanya.

Buat seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada semua rakan-rakan kami yang menyambut Tahun Baru Cina, kami ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih meriah dan gembira di samping keluarga tercinta ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Saturday, 7 February 2015

Kereta Sewa Murah di J3 Homestay Tawau

Kereta Sewa Murah di Tawau

Buat bakal-bakal penyewa J3 Homestay Tawau yang kami hormati, untuk makluman, selain menyewakan homestay yang paling best dan paling ohsem di Tawau, kami juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Kami sudah masak dengan pengalaman di mana hampir kesemua penyewa homestay kami amat-amat memerlukan kereta sewa. Dan kalau boleh anda mahu kereta sewa yang murah-murah saja kan? Betul kan?

Ok, kami memang ada sediakan kereta sewa yang best-best dan murah-murah untuk anda semua. Contohnya seperti gambar di atas. Untuk makluman, kereta Toyota Unser berkenaan adalah kereta yang paling hot dan paling laris di kalangan penyewa-penyewa homestay kami yang lepas. Kereta jenis MPV ini boleh memuatkan seramai 8 orang dewasa dengan cukup selesa. Keadaan dalam kereta pun sangat tip-top dan boleh tahan (kami memang jaga kereta kami). Ramai yang meyewa kereta ini kerana ianya besar dan boleh muat ramai orang dan banyak barang.

Ratenya macam mana pula? memang yang paling murah lah di seluruh Tawau. Untuk penyewa-penyewa di J3 Homestay Tawau kami offer harga yang sangat rendah. Untuk kereta besar, luas dan selesa ini kami tawarkan pada harga RM180 sahaja per hari. Makin lama sewa, makin murah. Best kan? Kalau berminat menyewa kereta ini, bolehlah berhubung terus dengan unit kereta sewa kami di talian 014-9669-359. Selain kereta MPV seperti di atas, kami ada banyak lagi kereta-kereta lain untuk jadi pilihan anda.

Okey, habis cerita mengenai kereta sewa. Sekarang mengenai homestay pula. Untuk makluman, sekarang sudah bermula promosi gila-gila J3 Homestay Tawau. Tiap-tiap hari kami akan bagi 5% diskaun pada penyewa-penyewa kami. Tidak perlu booking awal untuk dapat potongan harga istimewa tersebut. Booking on the spot pun boleh terus dapat diskaun. Jadi kalau anda perlukan homestay yang besar, luas, dan lengkap serba-serbinya (beras pun kami sediakan tau), jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay di talian 013-5499-359. Konfirm dilayan bah kalau kau ;)

Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau