Friday, 21 August 2015

Menginap Di J3 Homestay Tawau Untuk Drag Race 2015

Kami di J3 Homestay Tawau sangat teruja, lagi beberapa hari sahaja lagi Karnival Sukan Bermotor 1 Malaysia Drag Race 2015 akan berlangsung di daerah Tawau, best kan. Untuk makluman, daerah Tawau memang aktif dalam aktiviti drag dan menganjurkannya secara besar-besaran setiap tahun. Jika pada tahun lepas ianya dianjurkan pada awal tahun, di tahun 2015 ini pula, ianya dianjurkan sempena bulan kemerdekaan kita.


Stay @ J3 Homestay Tawau For Drag Race 2015

Drag Race yang sangat popular di Tawau ini bukan untuk hanya kereta sahaja, tapi turut dibuka kepada motosikal. Bagi yang berminat mennyertai Drag Race ini bolehlah pergi ke laman Facebook Tawau Drag bagi mendapatkan borang penyertaan dan juga bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai karnival ini. Berikut adalah tarikh dan tempat karnival ini akan berlangsung:

Tarikh: 28hb-31hb Ogos 2015
Masa: 7am-5pm
Tempat: Lapangan Terbang Lama

Bagi kami di J3 Homestay Tawau, Drag Race ini memang best. Cukup lah kalau kami katakan yang Ia bakal mencetuskan emosi yang mendebarkan kepada anda kerana para peserta yang bertanding akan sedaya upaya untuk mengekalkan kedudukan terbaik mereka dan mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang untuk mengutip mata demi mata.

Jadi jangan lupa untuk pergi lapangan terbang lama (airport lama) dari 28-31 ogos bagi menyaksikan Drag Race 2015 ini. Sekiranya anda merupakan peserta dari luar Tawau ataupun datang dari luar Tawau semata-mata mahu memberi sokongan kepada Karnival Drag Race ini, jangan risau mengenai penginapan. Tahun lepas J3 Homestay Tawau telah menerima ramai tetamu sempena Drag Race 2014 dan tahun ini juga pintu homestay kami terbuka untuk anda semua. Anda semua boleh tinggal beramai-ramai di homestay kami. Kadar sewa J3 homestay adalah yang paling murah di seluruh Tawau untuk homestay 4 bilik. Homestay adalah lengkap dan dijamin memuaskan hati. Untuk tempahan homestay, boleh hubungi kami segera di talian 013-5499-359 (SMS/WHATSAPP).  


Tempah homestay anda sekarang:

Monday, 17 August 2015

Laundry Berdekatan J3 Homestay Tawau



The Star Laundry merupakan sebuah laundry yang berdekatan dengan J3 Homestay Tawau. Ini merupakan satu berita baik kepada seluruh penduduk di kawasan Taman Semarak dan juga bakal penginap di J3 Homestay Tawau. Untuk makluman, kami di J3 Homestay memang ada menyediakan kemudahan sebuah mesin basuh automatik untuk kegunaan penyewa-penyewa semua untu membasuh pakaian. Disamping mesin basuh, kami turut menyediakan cecair pencuci baju dengan percuma.

Pun begitu, adakalanya penyewa mungkin tidak sempat membasuh dam menunggu pakaian kering, hal ini terjadi akibat dari kesibukan menguruskan sesuatu ataupun kepenatan setelah berjalan-jalan di daerah Tawau ini. Bagi yang mengalami masalah tidak sempat membasuh dan menunggu pakaian kering, kini ada solution yang mantap bagi permsalahan anda semua. Tidak jauh dari J3 Homestay Tawau ada sebuah laundry baru dibuka. Jarak laundry ini dari homestay hanya 1 minit sahaja kerana terletak di kawasan perumahan yang sama.



Laundry ini berada sebaris dengan Restoran 24 Jam Taj food dan bersebelahan dengan Warung Jawa. Apa yang menariknya, laundry ini memberikan sabun dan softener percuma pada setiap orang yang datang memasuh pakaian di situ. Waktu cucian pula adalah 24 minit untuk cucian basah dan 26 minit untuk proses pengeringan. Jumlah masa hanya 50 minit saja. Sambil menunggu cucian habis dicuci, anda semua boleh pergi makan gado-gado yang sedap di Warung Jawa.

Jadi kalau anda datang menginap di J3 Homestay Tawau tapi risau dengan pakaian kotor yang tak sempat dicuci, anda boleh pergi terus ke Star Laundry. Nak basuh 1 beg pun tak apa. Nampaknya semakin hari semakin banyak fasiliti dan kemudahan dibuka berdekatan degan J3 Homestay Tawau. Ini menjadikan J3 Homestay sebuah homestay yang sangat ideal lokasinya untuk semua. Jadi kalau mahu buat tempahan, jangan kasi lama orang Tawau bilang. Selain sewa homestay yang amat murah, di sekeliling homestay terdapat begitu banyak kemudahan dan kelebihan. Untuk tempahan, terus SMS/Whatsapp kami di talian 013-4399-359 ;)


Tempah homestay anda sekarang:

Friday, 14 August 2015

Invois Digital J3 Homestay Tawau


Salah satu sebab mengapa ramai yang memilih J3 Homestay Tawau adalah kerana adanya unsur kebolehpercayaan. Untuk makluman, bagi setiap tempahan homestay, kami akan memberikan invois digital melalui aplikasi Whatsapp sebagai bukti bayaran. Jika anda buat tempahan dan perjanjian dengan kami, ia bukan setakat janji air liur sahaja. Kami akan berikan anda dokumen bagi mengesahkan perkara itu. Sila lihat contoh invois digital kami di bawah.

Tawau Homestay




Invois ini adalah dalam bentuk digital kerana kami akan mengirimkannya terus ke aplikasi Whatsapp anda. Dan sekiranya anda tidak mempunyai Whatsapp, kami akan hantarkan melalui MMS. Ini memudahkan anda membawa invois ini ke mana-mana kerana ianya akan di storkan secara automatik ke gallery handphone Android/IOS anda. Invois digital ini akan kami hantar dalam tempoh 24 jam setelah anda membuat pembayaran deposit.

Butiran penting seperti nama anda, no kad pengenalan, no telefon serta tarikh check-in/check-out ada dipaparkan di invois berkenaan. Jumlah bayaran deposit serta tarikh anda membuat bayaran juga turut dipaparkan. Pokok pangkalnya, semua maklumat lengkap ada di dalam invois tersebut. Sekiranya hilang akibat ter-delete, kami boleh menghantar semula salinan yang baru untuk anda serta-merta.

Jadi jangan risau membuat tempahan dan urusniaga dengan kami. Selain invois digital, kami juga ada aggrement form yang anda akan isi semasa mengambil kunci homestay nanti. Aggrement form yang rasmi ini akan memudahkan anda membuat tuntutan atau claim kepada pihak pengurusan sekiranya anda menginap di Je Homestay Tawau bagi urusan kerja. Oleh itu, jangan risau jangan ragu. Di J3 Homestay Tawau, segala urusan adalah rasmi, ini kerana kami adalah di bawah seliaan sebuah syarikat yang berdaftar. Untuk membuat tempahan dengan kami, sila SMS/Whatsapp kami di talian 013-5499-359. Homestay yang selesa dan paling murah di Tawau menanti anda ;)


Tempah homestay anda sekarang:

Friday, 7 August 2015

5 Cara Hebat Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Cara elak rumah dimasuki pencuri oleh J3 Homestay Tawau


Kejadian kecurian sedang menjadi-jadi di Tawau sekarang ini. Tidak kira lah rumah kampung atau rumah taman, semuanya jadi sasaran pencuri. Oleh itu kami di J3 Homestay Tawau ingin berkongsi tips dan 5 cara yang hebat untuk elakkan rumah dari dimasuki pencuri. Cara ini hebat kerana tidak memerlukan kos membeli CCTV yang tinggi, amat murah dan sangat mudah untuk dilakukan. Untuk makluman, pencuri yang memasui rumah kita sebenarnya sudah lama "mengintip" pergerakan kita. Mereka tahu jam berapa kita ada di rumah, jam berapa kita mandi kalau pagi, jam berapa kita keluar mengambil anak dari sekolah dsb. Mereka juga sudah tahu di mana soft spot di rumah itu untuk mereka masuki nanti. Pencuri tidak masuk secara rawak. Mereka memang dah target lama sebelum memecah masuk rumah anda.

1. Pastikan pintu rumah dan tingkap anda berkunci
Kalau nak tahu 2/5 dari rumah yang berjaya dimasuki pencuri tidak berkunci pintunya dan tidak berkunci tingkapnya. Ini biasanya berlaku di rumah yang mempunyai sliding door/window. Pada anggapan tuan rumah, kalau sudah kunci grill, mka tidak perlulah kunci sliding door atau sliding window. Cuma perlu tutup sahaja. Ini merupakan kesilapan besar. Anda sebenarnya memberi peluang mudah kepada pencuri untuk memasuki rumah anda. Kunci grill adalah hampir sama untuk setiap rumah. Mereka sudah pasti ada universal key untuk masuk bypass grill anda. Kalau tidak pun, mereka akan menggunakan "jack" untuk memecahkan grill anda. Untuk pencuri yang expert, tak sampai 30 minit mereka boleh buat tu semua. Bila anda tidak kunci pintu dan tingkap, maka anda memang sudah bagi pass percuma kepada pencuri untuk masuk ke rumah anda. Jadi pastikan pintu dan tingkap anda sentiasa berkunci.

2. Letakkan batang kayu sebagai pengadang di sliding door/window anda
Selepas mengunci sliding door/window anda, pastikan anda meletakkan sebatang kayu atau batang penyapu sebagai pengadang di pintu tersebut. Walaupun pencuri dapat membuka lock pintu anda, tapi pasti dia akan mengalami kesukaran untuk memasuki rumah anda bila sliding door/window anda tersangkut akibat ada pengadang kayu diletakkan. Ini akan melengahkan pencuri dan membuat mereka rasa susah untuk memasuki rumah anda. Kalau dia tidak berjaya membuka sliding door tersebut, mungkin dia akan abaikan terus rumah anda. Dan kalau dia cuba sekali pun, pasti  bunyi bising yang dia buat semasa hendak memecahkan pintu itu boleh mengejutkan anda sekeurga dari tidur dan sekaligus menggagalkan rancangan jahat pencuri itu tadi.

3. Letakkan kerusi dan pinggan mangkuk di sebalik pintu.
Untuk rumah yang tidak menggunakan sliding door, tapi menggunakan pintu yang biasa, sila lah letakkan sebuah kerusi betul-betul di sebalik pintu anda sebelum tidur malam. Di atas kerusi itu letakkan pinggan mangkuk porselin yang mudah pecah. Beli yang murah-murah sahaja dari kedai. Apabila pencuri menolak atau menyepak pintu rumah anda dalam cubaan untuk pecah masuk, dia sekaligus akan menjatuhkan segala pinggan mangkuk dari kerusi di sebalik pintu itu dan mengakibatkan bunyi yang sangat bising. Hal ini akan membuatkan pencuri itu terkejut dan melarikan diri. Bunyi bising dari pinggan mangkuk yang jatuh dan pecah itu juga pasti akan mengejutkan anda dari tidur dan menyelamatkan rumah anda dari pencuri berkenaan.

4. Tidur dengan alarm kereta di samping anda
Ini merupakan cara paling mudah untuk dilakukan. Pastikan anda meletakkan kunci kereta anda di bawah bantal sebelum tidur. Di tengah malam ataupun di waktu subuh sekiranya anda terbangun akibat mendengar bunyi yang mencurigakan di rumah anda, jangan fikir panjang dan terus tekan alarm kereta anda. Kalau anda ada tiga kereta, tekan ketiga-tiga alarm kereta anda tanpa was-was. Bunyi bising dari alarm kereta tanpa henti akan mengejutkan pencuri dan mereka akan tahu yang gerak-geri mereka sudah diketahui. Usaha mencuri mereka akan terbantut dan mereka mungkin akan melarikan diri.

5. Beli alarm pintu dan alarm tingkap made in china
Percaya atau tidak, alarm ini sangat-sangat murah dan sangat berkesan. Alarm ini hanya berharga dalam lingkungan RM5 seunit dan boleh dibeli di mudah.my. Anda hanya perlu melekatkan alarm itu di pintu atau menggantung alam itu di tombol pintu dan tingkap anda. Baru sahaja pencuri memegang pintu atau tingkap, alam ini akan berbunyi dengan cukup nyaring tanpa henti. Sekiranya pencuri itu ada penyakit jantung, mungkin dia boleh meninggal dunia serta-merta kerana terkejut mendengar bunyi nyaring pada desibel yang begitu tinggi dari alarm itu tadi. Alarm ini mampu menyelamatkan rumah anda pada kos yang begitu rendah, percayalah.


Jadi begitulah perkongsian kami untuk kali ini. Kami di J3 Homestay Tawau amat berharap agar tips yang kami kongsikan ini dapat membantu anda semua. Yang paling penting sekali, jangan bagi peluang pada pencuri untuk memilih rumah anda. Pastikan rumah anda sentiasa terang benderang di malam hari, ini kerana pencuri suka beroperasi dalam keadaan yang gelap. Jadi hidupkan lampu diluar rumah sepanjang malam. Pastikan kawasan rumah sentiasa terang. Tanam tanaman yang tajam di sekeliling rumah dan buat pencuri berfikir, oh susahnya kalau nak lari keluar dari rumah ni nanti, banyak sangat halangan. Okey lah. semoga kita semua selamat dari ketamakan pencuri. Sekian dulu perkongsian dari J3 Homestay Tawau untuk anda semua.


Tempah homestay anda sekarang: