Apa perkara pertama yang perlu dibuat sebelum ke Tawau? Jawapannya, jom booking J3 Homestay Tawau dulu. Hahah... kenapa pula? Sebabnya, kalau book last minit, dah sampai Tawau baru nak buat tempahan memang tinggi lah peratusan untuk dapat mesej " maaf ya, homestay kami tiada kosong malam ini". Selalunya begitu lah. Kami di J3 Homestay Tawau selalu dapat mesej last minit seperti yang disebutkan tadi. Kami faham, mungkin anda pun last minit juga dapat tiket ke Tawau kan? Tapi tu lah, homestay kami jarang ada kekosongan kalau last minit booking. Jadi kami mohon, kalau dapat, buat lah tempahan awal ya.
Dalam 2-3 hari ini kami banyak menerima booking homestay untuk bukan April, Mei dan juga Julai. Semua telah confirm booking dan membayar deposit. Terim kasih kami ucapkan. Memang bagus booking awal-awal ni, sebab nanti dah tak payah pening-pening kepala lagi nak cari tempat untuk stay di Tawau. Lagipun J3 Homestay Tawau akan bagi booking slip selepas bayaran deposit, jadi tak perlu risau. Ada black and white di situ.
Minggu lepas juga kami ada menerima panggilan dari sebuah syarikat di Selangor yang berminat untuk menyewa homestay kami selama 2 minggu pada bulan Ogos nanti. Sekarang dalam peringkat perbincangan. Kami memang bagi the best price punya, dan sekarang tengah tunggu pihak berkenaan untuk membuat confirmation. Bagi mana-mana syarikat yang mahu menempah homestay kami untuk pekerja-pekerja mereka yang ada job di Tawau, kami alu-alukan. Seperti yang kami cakap tadi, harga yang terbaik akan diberikan. Jadi tunggu apa lagi? Jom book J3 Homestay Tawau, sekarang ;)
Tempah Homestay Anda Sekarang
Online Booking: J3 Homestay Online Booking Form
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau