Friday, 2 January 2015

Promosi Gila 100 Hari J3 Homestay Tawau

promosi 100 hari j3 homestay tawau

Ini kali la, tak pernah-pernah lagi dibuat oleh mana-mana homestay di Tawau. Kami di J3 Homestay Tawau dengan bangganya akan melancarkan "Promosi Gila 100 Hari" bermula dari 30 Januari 2015. Apa maksud 5% diskaun setiap hari tu? Ok, untuk makluman semua, sebelum ini kalau mahu dapatkan diskaun 5% kena book awal-awal kan? Sekarang tidak lagi. Untuk tempoh 100 hari bermula 30hb Januari 2015, semua pelanggan J3 Homestay Tawau akan mendapat diskaun setiap hari, setiap masa tak kiralah anda booking awal atau last minit. Janji masa tu ada kekosongan dan anda mahu buat tempahan, pada masa itu juga anda akan dapat diskaun 5% on the spot. Ohsem kan? 

Jadi untuk 100 hari yang akan datang bermula 30 Januari 2015 hingga 10 Mei 2015, rate sewa kami adalah seperti berikut:

1-2 mlm = RM180.50/mlm
3-6 mlm = RM 171/mlm
7-10 mlm = RM161.50/mlm
11-13 mlm = RM142.50/mlm
14 mlm ke atas = Kita nego sampai anda puashati ok!

Jadi sekarang sudah tidak ada alasan lagi untuk berbelanja lebih kalau mahu menyewa homestay di Tawau. Hubungi saja kami secepat mungkin dan jimatkan wang anda dengan segera. Hasil dari penjimatan itu nanti boleh anda gunakan untuk makan-makan bersama keluarga di restoran seafood di Tawau ini. Untuk info lanjut boleh sms/whatsapp talian 013-549-9359, kami akan cuba menjawab segala pertanyaan anda dengan sebaik mungkin.

Jadi tunggu apa lagi ya? Kami bagi anda menginap di homestay yang paling lengkap di Tawau dengan kadar sewa yang paling rendah. Hari-hari ada diskaun tu. Sudahlah ada diskaun, makin lama sewa, makin murah lagi. Best kan? Jadi tunggu apa lagi?


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

Wednesday, 31 December 2014

Happy New Year dari J3 Homestay Tawau

Happy new year dari J3 Homestay Tawau

Selamat tahun baru 2015 dan happy new year dari kami di J3 Homestay Tawau. Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Lagi 1 jam 38 minit kita berada di tahun 2014, tahun yang banyak pahit dan manisnya untuk kita semua. Bagi semua rakyat Malaysia, di tahun 2014 begitu banyak peristiwa sedih terjadi di sepanjang 2014. Tapi banyak juga peristiwa yang boleh membuat kita tersenyum. Yang pastinya di tahun 2014 ni ramai orang yang melangsungkan perkahwinan. Betul kan?

Bagi kami di J3 Homestay Tawau, tahun 2014 adalah tahun yang cukup baik. Keuntungan semakin bertambah, pelanggan setia pun semakin ramai. Untuk makluman, di tahun ini juga lah kami telah mula bertapak dengan menwarkan servis homestay yang paling murah di seluruh Tawau. Memang tahun ini merupakan tahun yang menyaksikan perkembangan kami sebagai peneraju homestay bajet rendah yang semakin menjadi pilihan di daerah Tawau ini. Ini tak mampu kami capai tanpa sokongan yang tak berbelah bagi dari anda semua. Terima kasih!

Di tahun 2015 dan seterusnya, kami harapkan J3 Homestay Tawau akan menjadi semakin maju dan semakin proaktif dalam memberi servis homestay yang murah untuk seluruh warga Malaysia dan luar Malaysia. Kami juga berharap sokongan yang kami terima di sepanjang tahun 2014 akan berterusan hingga ke tahun 2015. Untuk negara Malaysia yang tercinta dan Sabah Tanahairku, semoga semakin aman damai sentosa. Semoga kita semua saling hormat-menghomati, saling bantu membantu tanpa mengira agama, bangsa dan status. Kita 1 Malaysia selamanya. OK?

Selamat Tahun Baru and Happy New Year 2015 dari kami semua di J3 Homestay Tawau :)


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)

Thursday, 25 December 2014

Selamat Hari Natal dari J3 Homestay Tawau

Merry Christmas from J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Natal dan Merry Christmas daripada kami di J3 Homestay Tawau. Seperti biasa, kita di Malaysia dan juga di seluruh dunia akan merayakan sambutan Krismas pada setiap 25hb Disember. Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, berbilang bangsa, kaum dan agama kita akan merayakan banyak perayaan setiap tahun. Itu keunikan kita di Malaysia dan kita bangga dengan keunikan itu.

Ucapan Krismas ini kami tujukan khas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Semoga sambutan Krismas tahun 2014 ini lebih meriah dan lebih bermakna di samping keluarga tersayang. Seperti biasa adat kunjung-mengunjung akan dibuat pada setiap perayaan di Malaysia. Di Krismas tahun ini marilah kita sama-sama mengunjungi dan meraikan Krismas bersama rakan-rakan kita semua.

Akhir kata, Merry Christmas and happy holiday... ho! ho! ho!


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

Monday, 24 November 2014

Lawat Tawau Di Musim Cuti Ini

Homestay Tawau Homestay


Cuti sekolah datang lagi. Selamat bercuti semua. Apa kata kita lawat Tawau sempena cuti sekolah ni. Mesti best kan. Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak tempat menarik di Tawau. Ramai yang anggap Tawau ni tak ada apa. Haahh... silap tu. Tawau ni walaupun kecil sahaja, tapi padat dengan tempat-tempat yang menarik. Antaranya sudah tentulah pasar tanjung dan juga pasar gantung.

Ramai penyewa homestay kami yang amat teruja dengan pasar tanjung Tawau. Kalau pulang mesti terlebih muatan lah jawabnya. Maklumlah dah berbelanja sakan di pasar tanjung kan? di situ ada pelbagai jenis ikan bilis, ikan masin, sotong kering, udang kering etc  yang bertarat first class. Selain itu ada juga di jual amplang, Siapa yang dah rasa amplang ni, mesti nak lagi dan lagi dan lagi. Sedap dan rangup gitu.

Selain pasar tanjung, pasar gantung juga amat digemari oleh para pelancong. Percaya atau tidak, mutiara yang dijual RM80 di Semenanjung boleh didapati dengan harga RM12 sahaja di pasar gantung. Selain mutiara ada banyak lagi barang-barang unik dan menarik di pasar gantung Tawau. Semua barang-barang ini dijamin murah. Tapi anda semua kena lah pandai tawar-menawar dengan penjual. 

Kalau mahu pergi ke tempat-tempat yang cantik pula, di Tawau ada Balung Eco Resort, ada Bukit TV, Taman Air dan macam-macam lagi. Memang best lah kalau datang ke Tawau ni. Barang makanan laut pun murah-murah. Tak percaya? cuba tanya rakan-rakan anda yang pernah datang ke Tawau. Makanan laut di Tawau jauh lebih fresh dan berkali ganda lebih murah dari makanan laut yang ada di KK. 

Jadi tunggu apa lagi? cuti sekolah ada banyak hari lagi. Cepat-cepatlah membuat tempahan tiket ke Tawau. Rugi kalau tak datang tau. Sekiranya anda datang ke Tawau nanti, carilah kami di J3 Homestay Tawau sekiranya anda ingin menyewa homestay yang paling murah di Tawau. Selain homestay, kami turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau dengan cawangan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Apa-apa pun, kami sentiasa menanti kedatangan anda semua ke Tawau dengan hati yang gembira :)


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)

Monday, 3 November 2014

Nak Kahwin di Kompleks Sukan Tawau?

Tawau Homestay Tawau
Dewan Tertutup - Kompleks Sukan Tawau

Anda bakal melangsungkan majlis perkahwinan di Kompleks Sukan Tawau? Ramai antara penyewa J3 Homestay Tawau yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Kompleks Sukan Tawau. Dan sebelum menyewa homestay kami, mereka telah bertanya jarak antara J3 Homestay dengan Kompleks Sukan Tawau, Ini bagi memudahkan mereka bergerak ke sana pada hari majlis itu nanti.

Untuk makluman, jarak J3 Homestay Tawau dengan Kompleks Sukan Tawau adalah amat dekat sekali. Kalau menaiki kereta mungkin dalam masa 3 minit boleh sampai. Kompleks Sukan Tawau memang menjadi pilihan ramai orang sebagai tempat yang paling sesuai mengadakan majlis perkahwinan. Ini kerana dewan tertutupnya sangat besar dan selesa, selain itu ia juga mempunyai tempat parking yang amat-amat luas. Yang paling best, ianya terletak betul-betul berhampiran dengan homestay yang paling murah di seluruh Tawau ;)

Sekiranya anda ingin melangsukan majlis resepsi kahwin anda di Kompleks Sukan Tawau, jangan lupa menyewa di J3 Homestay ya. Ini untuk memudahkan keluarga mertua anda bergerak ke tempat majlis itu nanti. Buat apa pilih yang jauh-jauh kan, pilih yang dekat-dekat lah paling ngam. Sewa pun amat murah. Jadi tunggu apa lagi?

Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau