Thursday, 5 June 2014

J3 Homestay Tawau Termurah Di Tawau



J3 Homestay Tawau memang yang termurah di Tawau untuk homestay yang mempunyai 4 bilik dan keperluan yang serba lengkap. Memandangkan homestay baru saja dilancarkan beberapa hari yang lepas, kami di J3 Homestay Tawau kini sedang giat mengupdate segala booking yang telah kami terima. Terima kasih kerana anda yakin pada perkhidmatan yang kami tawarkan ini.

Untuk makluman, rate sewa J3 Homestay Tawau adalah RM190/Malam sahaja. Memang cukup murah dan berbaloi. Apatah lagi homestay ini boleh memuatkan ramai orang dan cukup lengkap serba-serbinya. Penyewa yang masuk hanya perlu bawa baju saja. Sewa homestay ini juga bukannya statik, tapi akan semakin rendah bila anda menyewa lebih lama lagi. Memang bagus bukan?

Urusan untuk menyewa homestay juga amat mudah. Bagi yang berminat menyewa homestay ini, anda semua hanya perlu sms/whatsapp ke talian kami di 013-5499-359 untuk membuat tempahan. Setelah tempahan dibuat, kami akan reserve homestay ini pada tarikh yang anda perlukan. Bayaran deposit sebanyak RM50.00 akan dikenakan untuk tiap tempahan yang dibuat. Baki bayaran pula hanya akan anda serahkan apabila mendapat kunci rumah nanti. Memang mudah dan hassle free. Sila klik deposit dan bayaran J3 Homestay Tawau untuk maklumat yang lebih lanjut.

Sekali lagi, jutaan terima kasih pada mereka yang sudah membuat tempahan. Dan kepada bakal penyewa, kami jamin anda pasti akan berpuashati dengan J3 Homestay Tawau :)






J3 Homestay Tawau






Sunday, 25 May 2014

Memperkenalkan J3 Homestay Tawau

Tawau Super Budget Homestay

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia!
Akhirnya tiba lah sudah masanya untuk kami memperkenalkan J3 Homestay Tawau pada anda semua. Inilah homestay yang paling di nanti-nantikan kemunculannya di daerah Tawau. Kenapa? Kerana ini adalah satu-satunya homestay super budget yang paling murah di seluruh Tawau. Homestay 3 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Boleh muat sehingga 16 orang. Sesuai bagi mereka yang datang ke Tawau untuk majlis perkahwinan/pertunangan, untuk menghadiri kursus, sukan dan lain-lain lagi.




Kenapa Anda Harus Memilih J3 Homestay Tawau?


*Hanya 8 minit  dari Bandar Tawau

*Dekat dengan Pasar Tanjung Tawau dan Pasar Gantung Tawau    yang sangat terkenal di seluruh Malaysia

*Terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Tawau, sekolah-sekolah dan surau.

*Ada pondok polis, pasaraya, cold storage, pasar ikan dan sayur, restoran, bengkel, salun & klinik 1 Malaysia dalam jarak 1 minit dari kawasan homestay.

*Hanya 15 minit dari pusat rekreasi & pelanconganTaman Bukit Tawau (Tawau Hills Park). Di sini anda boleh melihat pokok yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga air terjun yang menarik.

*Mudah mendapatkan pengangkutan awam. Ada perhentian bas dalam lingkungan 40 meter dari kawasan homestay. 

*Penduduk di sekitar homestay terdiri daripada polis, tentera, guru, jururawat. Kawasan kejiranan adalah baik & selamat.





Kemudahan & peralatan yang ada di dalam J3 Homestay Tawau:

RUANG TAMU
Set sofa, meja, set televisyen (Astro Njoi), kipas berkawalan jauh

DAPUR
Set meja makan, periuk nasi, cerek air elektrik, pinggan mangkuk, sudu, gelas, kuali, dapur gas, tong gas, pisau, penyapu, penyedok sampah, tong sampah, cecair pencuci pinggan, cecair pencuci tangan. Kami juga turut menyediakan beras, garam, gula, bawang, kicap untuk memudahkan anda memasak nanti.

BILIK TIDUR
Bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin manakala bilik tidur yang lain dilengkapi dengan kipas angin. Bilik tidur utama  juga dilengkapi dengan katil divan queen size, bilik tidur kedua dilengkapi dengan katil divan single size, bilik tidur ketiga dan keempat dilengkapi dengan katil queen size. Semua bilik tidur lengkap dengan cadar, comforter dan bantal.

BILIK AIR
Tandas, sinki, baldi, cecair mandian, syampu, cermin muka, penggantung tuala

RUANG UTILITI
Mesin basuh, cecair pencuci baju, penyidai baju, seterika



=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=



J3 Homestay Tawau