Kredit Gambar : www.etawau.com |
Mana best? hotel atau homestay? Di Tawau ni ada banyak hotel yang best-best untuk dijadikan pilihan. Antara hotel yang boleh anda pilih di Tawau adalan Hotel Marco Polo, Hotel Emas, MyInn Hotel, LA Hotel, De Choice Hotel, MB Hotel, Heritage Hotel, Shervinton Boutique Hotel dan lain-lain lagi. Sewa bagi sebuah bilik untuk hotel yang standard sikit adalah dari RM60 ke atas bagi single room. Bagi hotel bajet pula, ada yang serendah RM35.00 sahaja. Tapi kondisinya lebih kurang macam bilik tumpangan. Tapi itu terpulang kepada kehendak pelanggan. Ada yang mahu standard, ada yang jenis tak kisah. Antara hotel bajet yang boleh anda pilih di Tawau adalah Tawau Hotel, Loong Hotel dan Hotel Soon Yee. Sewanya memang murah. Cuma keadaan bilik adalah asas sahaja. Tidaklah se-grand hotel-hotel yang lain. Tapi kalau anda tak kisah, tak apa. Maklumat mengenai hotel-hotel di Tawau anda boleh dapati di laman web www.etawau.com
Jadi berbalik kepada persoalan tadi, mana best? hotel atau homestay? Kalau anda datang ke Tawau ini seorang diri atas tujuan urusan perniagaan dan dalam jangkamasa sekejap saja, hotel adalah pilihan yang terbaik. Tapi sekiranya anda datang beramai-ramai untuk tujuan kursus, sukan, majlis perkahwinan atau pertunangan, maka homestay adalah pilihan yang terbaik sekali. Di homestay, kelengkapan sebuah rumah yang lengkap telah tersedia untuk kemudahan anda tanpa perlu membayar lebih. Di hotel pula, anda bukan saja perlu membayar untuk bilik, tetapi untuk makan pun anda kena keluarkan duit untuk makan di luar. Selain itu, anda juga perlu membayar untuk perkhidmatan laundry. Kalau seorang diri tak apa lah. Tapi bayangkan kalau ada 15 orang? sudah tentu terduduk juga membayarnya tu kan.
Lagipun kalau ramai-ramai, lagi seronok kalau tinggal dalam suasana rumah sendiri tanpa perlu bersesak-sesak di dalam sebuah bilik. Ada terdapat banyak ruang di dalam sesebuah homestay untuk anda meluangkan masa. Ada ruang tamu, bilik, dapur dan juga ruang santai di luar rumah. Di kawasan homestay juga, seperti di J3 Homestay Tawau, anda dapat bersiar-siar di sekitar kawasan kejiranan dan mengambil angin. Anda juga dapat menjimatkan duit makan, di homestay yang kami sediakan misalnya, segala peralatan dapur serta barang runcit yang asas ada kami sediakan untuk memudahkan anda memasak hidangan bagi orang yang ramai. Memang jimat dan anda juga boleh merasakan masakan rumah sendiri walaupun berada jauh beribu batu dari kampung sendiri.
Yang paling best, bila balik kampung anda tidak perlu bawa banyak baju kotor. Ini kerana, anda boleh mencuci baju sepuas-puas hati dengan mesin basuh automatik yang kami sediakan. Bukan setakan mesin basuh, cecair pencuci baju pun ada juga. Itu merupakan kelebihan tinggal di dalam sebuah homestay. Memang terbaik kan? rasa macam seperti duduk di rumah sendiri saja.
Di hotel anda tidak dapat berbuat semua ini. Yang paling best sekali, sewa homestay tidak lah terlalu mahal. Berapa yang perlu anda bayar apabila tinggal di sebuah hotel standard room yang ada dua katil? Paling murah dalam lingkungan RM80/malam. Kalau 15 orang, sudah tentu perlukan paling sedikit 5 bilik. Dengan anggapan anda sanggup berhimpit-himpit. Kos untuk 5 bilik pada kadar RM80/malam adalah RM400/malam. Mahal bukan? itu belum makan minum serta serta servis caj yang lain. Dan itu baru untuk 1 malam saja. Kalau 3 malam? RM1200 semuanya. Kalau di J3 Homestay Tawau, untuk sewaan 3 malam hanya RM180/malam. Kalau 3 malam, jumlah sewaan anda baru RM540 termasuk semua perkhidmatan dan peralatan yang anda boleh gunakan dengan percuma di dalam homestay tersebut. Dengan menyewa homestay, anda dapat menjimatkan duit sebanyak RM1200 - RM 540 = RM660! Memang menakjubkan. Bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan duit yang baru saja anda jimatkan itu.
Jadi mana best? hotel atau homestay? ianya terpulang kepada anda dan keperluan anda sendiri. Tapi kalau mahu berjimat macam jutawan, homestay adalah pilihan yang terbaik. Untuk mendapatkan homestay yang terbaik di Tawau, silakan hubungi kami di J3 Homestay Tawau dengan kadar segera di talian 013-5499-359. Biar kami bantu anda berjimat dengan bergaya di daerah Tawau ini :)
=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=
=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=
No comments:
Post a Comment