Friday, 30 January 2015

Jom BBQ di J3 Homestay Tawau

BBQ di J3 Homestay Tawau

Sudah beberapa kali kami ditanya mengenai set BBQ di J3 homestay Tawau. Ramai sungguh penyewa kami yang hendak ber-BBQ rupanya. Maklumlah, seafood di Tawau kan murah sangat-sangat. Jadi ramai yang teringin hendak buat BBQ seafood ini. Jadi untuk tidak mengecewakan pelanggan-pelanggan setia kami termasuklah bakal pelanggan kami, maka dengan ini kami dengan bangganya menambah satu lagi kemudahan di homestay kami, iaitu set BBQ fancy grill untuk anda semua. Ohsem kan?

Kalau nak tahu, fancy grill ini amat mudah digunakan. Tak perlu guna arang batu dan sebagainya. Boleh panggang terus di atas dapur gas. Rasa daging atau ikan yang dipanggang diatas fancy grill ini memang sedap dan moist. Kalau tak percaya, cubalah masa berkunjung ke homestay kami nanti. Dalam masa 15-20 minit sahaja anda boleh mendapat hidangan ala BBQ yang sangat sedap mengalahkan restoran. 

Kami berharap semua pelanggan dan bakal pelanggan akan gembira dengan adanya fancy gril ini di J3 Homestay. Untuk makluman, kami sentiasa peka dengan kehendak pelanggan-pelanggan kami. Semua maklumbalas yang kami terima akan kami pertimbangkan. Pokok pangkalnya, kami akan cuba sedaya upaya memenuhi semua kehendak pelanggan-pelanggan kami. Ini kerana, tanpa anda siapalah kami.

Untuk makluman juga, di sepanjang bulan  Januari ini kadar occupancy di homestay kami hampir mencecah 80%, berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami di J3 Homestay Tawau. Untuk anda yang bakal berkunjung ke daerah Tawau dalam masa terdekat ini dan memerlukan homestay yang prihatin dan memahami (serta murah), jangan lupa hubungi kami dengan kadar segera di talian 013-5499-359 dan silakan membuat tempahan serta-merta. Anda pasti tidak akan menyesal ;)

Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

1 comment: