Tuesday, 21 February 2017

Cara Buat Tempahan Di J3 Homestay Tawau

Pada hari ini kami akan berikan cara-cara bagaimana buat tempahan di J3 Homestay Tawau. Sebelum itu, jika anda inginkan respon yang pantas, anda boleh terus sms/whatsapp kami di talian 013-5499-359. Di sini kami akan terangkan apa prosedur yang akan berlaku sekiranya anda ingin membuat tempahan homestay. Mohon anda tonton dulu video ringkas ini untuk mendapat gambaran mudah bagaimana proses tempahan homestay berlaku.



Dah tengok video? Ok cara membuat tempahan mudah sahaja. Biar kami terangkan dalam bentuk poin agar anda mudah memahaminya:

1. sms/whatsapp kami di talian 013-5499-359


2. Sertakan butiran berikut untuk memudahkan kami membuat semakan:
  • Nama Penuh:
  • Tarikh dijangka check-in:
  • Tarikh dijangka check-out:
  • Jumlah orang yang menginap:

3. Kami akan membuat semakan berdasarkankan tarikh yang anda mahu. Sekiranya tiada kekosongan, kami akan memaklumkan dengan segera. Bagaimana pun, sekiranya tarikh yang diminta itu "available" kami akan meminta anda melakukan perkara yang seterusnya.

4. Masukkan deposit tempahan sebanyak 50% dari jumlah sewa ke akaun AmBank J3 Trade Enterprise.

5. Hantar slip transaksi bayaran kepada kami melalui sms/whatsapp

6. Setelah menerima bukti bayaran deposit tempahan, kami akan memroses bayaran anda dan menghantar invois digital ke telefon bimbit anda.

7. Invois digital ini hendaklah ditunjukkan semasa membuat bayaran penuh pada hari check-in nanti.

** Sila ambil perhatian, sekiranya anda membatalkan tempahan homestay pada saat akhir, deposit tidak akan dikembalikan dan dikira "HANGUS".

Demikianlah cara ringkas bagaimana anda boleh membuat tempahan di J3 Homestay Tawau. Diharapkan post pada kali ini dapat memudahkan anda dalam membuat urusan tempahan homestay dengan kami. Sekiranya anda ada lain-lain pertanyaan, boleh terus hubungi kami di talian 013-5499-359 ataupun dengan menghantar emel kepada kami di homestaytawau@gmail.com


Tempah homestay anda sekarang:


No comments:

Post a Comment