Keadaan jerebu di Tawau sekarang memang agak teruk. Menurut bacaan di laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia, index pencemaran udara di Tawau setakat jam 8 pagi 20 Oktober 2015 adalah 124. Ini menunjukkan daerah Tawau berada di dalam kawasan berlabel kuning, iaitu "unhealthy". Kalau dilihat keadaan di luar sana, memang jerebu yang agak tebal menyelubungi Tawau dan matahari pun berwarna kuning pekat menandakan keadaan yang sangat panas.
Keadaan di sekitar J3 Homestay Tawau juga berjerebu dan seakan berkabus tebal. Suka kami ingatkan kepada penyewa-penyewa homestay kami agar sentiasa menjaga kesihatan. Banyakkan meminum air putih dan sekiranya ingin keluar, sila lah pakai mask. Ini kerana keadaan cuaca yang berjerebu selama 2-3 hari ini telah menyebabkan ramai orang jatuh sakit, terutamanya kanak-kanak. Dengan memakai mask anda dapat mengurangkan sedutan udara yang tidak sihat ini ke dalam paru-paru.
Kepada yang bakal berkunjung ke Tawau pada masa ini, sila ambil perhatian mengenai keadaan jerebu di Tawau sekarang. Kami tahu ramai yang akan datang ke Tawau atas urusan kerja dan juga urusan keluarga (perkahwinan) dalam masa terdekat ini. Ini kami ketahui berdasarkan rekod tempahan kereta sewa dan juga homestay kami. Sentiasalah jaga kesihatan diri selama berada di Tawau. Pesanan ikhlas dari kami di J3 Homestay Tawau.
Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau
No comments:
Post a Comment