Tuesday, 19 January 2016

Jarak J3 Homestay Tawau - Bandar Tawau



Ini soalan yang selalu ditanya oleh bakal penyewa, berapa jarak J3 Homestay Tawau dari Bandar Tawau? Kami pun faham, kalau boleh semua orang ingin menyewa homestay yang paling dekat dengan bandar, sebab mungkin lebih senang nak berjalan-jalan di Bandar Tawau nanti kan? Untuk makluman, dari J3 Homestay ke Bandar tidaklah terlalu jauh. Dekat sahaja. Terdapat 3 jalan yang boleh digunakan untuk menuju ke bandar dari J3 Homestay.

Jika menggunakan Jalan Utara Baru atau Jalan Kalabakan/Tawau, jarak J3 Homestay hanyalah 7.2KM dari bandar. Jika memandu dengan kelajuan 60KM/J, dalam 13 minit dah boleh sampai bandar Tawau. Kalau memandu dengan kelajuan 70-80KM/J mungkin lebih cepat lagi sampai. Kalau ikut jalan Tanjung Batu pula, J3 Homestay ke bandar adalah 7.5KM manakala kalau anda memandu mengikut laluan di Jalan Kuhara, jarak adalah 7.8KM dan dijangka sampai ke bandar dalam masa 14 minit dengan kelajuan 60KM/J. Jadi mana satu jalan yang paling bagus untuk digunakan? Bagi kami, jalan di Utara Baru adalah jalan yang paling bagus dan paling lengang. Jalan paling jem di waktu puncak pula adalah Jalan Kuhara.

Jadi sekarang anda dah tahu berapa jarak J3 Homestay dari Bandar, jadi taklah tertanya-tanya lagi. Untuk makluman, sebenarnya di area Taman Semarak (kawasan J Homestay) terdapat pasar kering/basah, pasaraya, cold storage, restoran dan macam-macam lagi. Jadi kalau setakat memerlukan barang runcit yang biasa-biasa tu, tak perlu ke bandar sebenarnya. Di Taman Semarak semuanya ada. Sekiranya anda berminat menempah homestay kami ini, jangan lupa hubungi kami segera di talian 013-5499-359 atau klik butang tempahan homestay di atas untuk membuat tempahan secara online. Kami di J3 Homestay Tawau menantikan kedatangan anda semua ;)



Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment