Monday, 8 February 2016

J3 Homestay Tawau atau Hotel?

Tawau Homestay


Kenapa anda perlu memilih J3 homestay Tawau berbanding hotel?

Salah satu faktor yang penting dalam merancang percutian adalah tempat di mana anda dan keluarga boleh "melepak" dengan selesa. Tidak ada gunanya pergi bercuti tetapi tidak mempunyai tempat yang baik dan mesra bajet untuk didiami di sepanjang percutian tersebut. Anda boleh memilih untuk tinggal di hotel, dan anda juga boleh memilih untuk tinggal di J3 homestay Tawau. 

Antara faktor-faktor yang kami fikirkan perlu diberi pertimbangan antara pemilihan J3 homestay vs hotel adalah:

1. Kos
Cuba bayangkan jika anda sedang bercuti dengan 8 orang dan memutuskan untuk tinggal di sebuah hotel. Walaupun dengan kadar hotel yang paling murah, poket anda pasti akan "bocor" juga membayar sewa hotel tersebut.  Berbanding dengan menginap di homestay, kos anda akan berada pada tahap yang minimum.

pengiraan:
bilik hotel standard yang baik (di Tawau) berharga sekitar RM80-100 / malam. Jika anda sedang bercuti dengan 8 orang, maka anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 4 bilik standard atau twin.

RM80 X 4 = RM360 / malam
Anda boleh membandingkan dengan menyewa 1 homestay (J3 Homestay Tawau) dengan kadar RM190 / malam (lebih murah jika lebih lama sewa) yang boleh memuatkan sehingga 30 orang. Ia sememangnya jauh lebih murah.

2. Keselesaan
Dengan menyewa homestay anda akan mempunyai banyak ruang untuk pergerakan dan aktiviti anda, ia akan membuat anda berasa selesa seperti di rumah sendiri. Apabila menyewa hotel, ruang yang terhad di sebuah bilik hotel bermakna anda berada di sana hanya untuk berehat dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi kecuali tidur dan menonton televisyen, malahan anda tidak dapat mencuci pakaian kotor anda tanpa pergi ke dobi dengan caj yang mahal. Apabila anda menyewa homestay, anda bebas dan boleh melakukan banyak perkara seperti di rumah sendiri (memasak, menonton TV, membasuh pakaian, menyediakan barang hantaran kawin bg yang datang untuk majlis perkahwinan). Selain itu, jika anda sedang bercuti dengan membawa kanak-kanak dan bayi, di homestay akan ada lebih banyak ruang untuk anak-anak anda bermain dan melakukan pelbagai aktiviti. Anda juga boleh menyediakan makanan untuk anak-anak dan membuat susu untuk bayi anda dengan mudah. Memang sangat selesa jika dibandingkan dengan hotel.

3. Kemudahan
Anda mungkin berfikir bahawa kemudahan yang ada di homestay tidak sebaik hotel. Tetapi jangan silap, homestay juga mempunyai pelbagai kemudahan untuk membuat percutian anda lebih selesa. Sebagai contoh, di J3 Homestay Tawau antara kemudahan yang terdapat di homestay kami adalah:

* Katil bersih dan selesa.
* Ruang tamu lengkap dengan perabut beserta TV / DVD
* Dapur dengan peralatan memasak yang lengkap.
* Peralatan elektrik dan elektronik untuk kemudahan anda (periuk nasi, mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin dan lain-lain)
* Kawasan Parking.
dan banyak lagi ...

Kami berharap penerangan ini akan berguna untuk membantu anda dalam membuat keputusan. Jika anda berminat untuk menginap di homestay bajet yang bagus di Tawau, sila hubungi kami dengan segera di J3 Homestay Tawau. Kami sedia membantu anda ;)



Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment