Monday, 2 May 2016

Deposit J3 Homestay Tawau

Booking J3 Homestay Tawau

Lama kami tak update blog kan? Kali ini kami update berikutan adanya perubahan baru pada deposit bayaran sewa untuk J3 Homestay Tawau. Tapi sebelum itu, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyewa J3 Homestay yang telah menginap bersama kami di sepanjang bukan Mac dan bulan April yang lepas. Sambutan yang diberikan cukup luarbiasa dan kami sangat-sangat berterima kasih untuk itu.

Walaupun ada juga yang cancel last minit, tapi dengan segera terisi dengan tempahan yang baru. Ok, berbalik kepada update kali ini. Seperti yang kami sebutkan, ada juga pelanggan yang cancel last minit, iaitu hari ini check in, hari ini juga baru nak cancel, itupun selepas kami hubungi dan tanya jam berapa nak masuk. Kalau kami tak hubungi mereka, sampai ke sudah tak diberitahu yang mereka nak cancel. 

Terus terang kami nyatakan, perkara cancel last minit ini amat merugikan kami dari segi sewa. Bayangkan kalau pelanggan itu booking 4 mlm, kemudian dia cancel. Kami akan kehilangan duit sewa 4 malam kerana pembatalan tersebut. Kami juga rugi kerana dalam masa yang sama kami telah reject semua pelanggan lain yang inginkan tarikh yang telah dibooking itu. Memang pedih. Tapi ada juga segelintir individu yang suka buat begitu. Kan bagus kalau beritahu awal-awal. 

Atas dasar itu, kami telah membuat sedikit perubahan ke atas jumlah deposit dan syarat yang kami perlukan untuk membuat tempahan di J3 Homestay. Dengan adanya perubahan ini diharapkan bakal pelanggan akan lebih memandang serius terhadap tempahan yang telah mereka buat. Oleh itu, berkuatkuasa 1 Mei 2016, semua pelanggan yang ingin membuat pengesahan tempahan di J3 Homestay Tawau dikehendaki membayar deposit sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah sewa mereka. Baki 50% lagi akan dibayar semasa check-in. Info lanjut mengenai perkara ini boleh di baca di link deposit dan bayaran J3 Homestay Tawau. 

Kepada pelanggan-pelanggan yang jujur dan setia bersama kali selama ini, terima kasih banyak kami ucapkan. Teruskan memberi sokongan dan semoga perubahan ini tidak menjejaskan sokongan anda semua terhadap kami. Tanpa anda, J3 Homestay Tawau tidak akan wujud. Terima kasih ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment