Tuesday, 19 January 2016

Jarak J3 Homestay Tawau - Bandar Tawau



Ini soalan yang selalu ditanya oleh bakal penyewa, berapa jarak J3 Homestay Tawau dari Bandar Tawau? Kami pun faham, kalau boleh semua orang ingin menyewa homestay yang paling dekat dengan bandar, sebab mungkin lebih senang nak berjalan-jalan di Bandar Tawau nanti kan? Untuk makluman, dari J3 Homestay ke Bandar tidaklah terlalu jauh. Dekat sahaja. Terdapat 3 jalan yang boleh digunakan untuk menuju ke bandar dari J3 Homestay.

Jika menggunakan Jalan Utara Baru atau Jalan Kalabakan/Tawau, jarak J3 Homestay hanyalah 7.2KM dari bandar. Jika memandu dengan kelajuan 60KM/J, dalam 13 minit dah boleh sampai bandar Tawau. Kalau memandu dengan kelajuan 70-80KM/J mungkin lebih cepat lagi sampai. Kalau ikut jalan Tanjung Batu pula, J3 Homestay ke bandar adalah 7.5KM manakala kalau anda memandu mengikut laluan di Jalan Kuhara, jarak adalah 7.8KM dan dijangka sampai ke bandar dalam masa 14 minit dengan kelajuan 60KM/J. Jadi mana satu jalan yang paling bagus untuk digunakan? Bagi kami, jalan di Utara Baru adalah jalan yang paling bagus dan paling lengang. Jalan paling jem di waktu puncak pula adalah Jalan Kuhara.

Jadi sekarang anda dah tahu berapa jarak J3 Homestay dari Bandar, jadi taklah tertanya-tanya lagi. Untuk makluman, sebenarnya di area Taman Semarak (kawasan J Homestay) terdapat pasar kering/basah, pasaraya, cold storage, restoran dan macam-macam lagi. Jadi kalau setakat memerlukan barang runcit yang biasa-biasa tu, tak perlu ke bandar sebenarnya. Di Taman Semarak semuanya ada. Sekiranya anda berminat menempah homestay kami ini, jangan lupa hubungi kami segera di talian 013-5499-359 atau klik butang tempahan homestay di atas untuk membuat tempahan secara online. Kami di J3 Homestay Tawau menantikan kedatangan anda semua ;)



Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Wednesday, 13 January 2016

Datang Dulu Tengok J3 Homestay Tawau

Komik J3 Homestay Tawau


Ini best, apa kata datang dulu tengok J3 Homestay Tawau sebelum buat tempahan. Bila dah puashati, bolehlah teruskan dengan booking. Ok tak macam tu? Jadi kalau anda ada kawan-kawan atau saudara-mara di Tawau, bolehlah minta bantuan mereka untuk datang "check" dulu homestay kami. Kalau ada soalan, boleh terus tanya masa tu. Anda juga boleh check persekitaran J3 Homestay yang best ni. Jadi kalau ada kawan-kawan dan saudara mara di Tawau, suruh mereka hubungi kami untuk datang tengok homestay.

Tapi tertakluk pada kekosongan ya. Kalau kebetulan masa nak datang tu ada penyewa sedang stay di J3 Homestay, maka kami tak boleh bawa tengok sampai ke dalam. Nanti apa pula kata penyewa kami kan. Tapi kalau masa tu J3 Homestay tengah kosong, kami akan bawa anda masuk ke dalam. Masa tu bolehlah check semua bahagian dalam homestay tu sampai puashati.

Bagi yang tiada kawan-kawan atau saudara-mara di Tawau untuk tolong tengokkan homestay, jangan risau. Anda boleh melihat gambar-gambar homestay di laman blog ini. Jika ada soalan, bolehlah hubungi kami di talian 013-5499-359 (call/sms/whatsapp) atau emel kami di homestaytawau@gmail.com. Bagi kami, yang penting anda berpuashati. Kalau anda gembira, kami pun gembira ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Friday, 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Homestay Tawau


Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pelanggan-pelanggan J3 Homestay Tawau. Ini merupakan post pertama kami di tahun 2016. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyewa homestay dengan kami di sepanjang tahun 2015. Mohon maaf atas segala salah dan silap dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Percayalah, sokongan anda semua menjadi inspirasi kepada kami di J3 Homestay Tawau untuk membuat yang lebih baik pada tahun ini.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menambahkan lagi bilangan homestay kami. Di tahun lepas kami melihat sendiri begitu ramainya bakal penyewa homestay yang terpaksa kami tolak akibat daripada permintaan yang begitu tinggi. Tahun ini kami mengambil keputusan untuk tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi. Homestay yang bakal kami tambah dalam senarai homestay kami merupakan sebuah homestay 3 bilik yang lengkap 100%. Harga sewa dijamin yang paling rendah di seluruh Tawau.

Di tahun 2015 ada beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan kami memudahkan semua pelanggan J3 Homestay membuat tempahan. Antaranya, kami memperkenalkan sistem booking online dan juga sistem mobile booking. Di mana para pelanggan hanya perlu mengisi butiran di borang tempahan online bagi membuat tempahan homestay pada tarikh yang diingini. Pada tahun ini mungkin akan ada lagi inovasi yang kami akan lakukan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan dan akan kami umumkan secara berperingkat.

Apa yang pasti, tahun 2015 merupakan tahun yang hebat untuk J3 Homestay Tawau. Apa pun, kami tetap mengharapkan sokongan yang padu dari anda semua bagi tahun ini untuk membolehkan kami meneruskan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan homestay bajet yang paling murah di daerah Tawau. Akhir kata, terima kasih atas sokongan yang diberikan pada tahun 2015 dan semoga anda semua dimurahkan rezeki.



Tempah Homestay Anda Sekarang
Online Booking: J3 Homestay Online Booking Form
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Thursday, 24 December 2015

Selamat Hari Krismas dari J3 Homestay Tawau



Selamat Hari Krismas dari kami di J3 Homestay Tawau. Sebagai rakyat Malaysia yang duduk di negara yang berbilang bangsa, agama dan keturunan; adalah menjadi satu kebanggaan pada kita kerana dapat merayakan pelbagai jenis perayaan di negara kita ini.

Janganlah kerana perbezaan kita berpecah-belah, tapi jadikanlah perbezaan itu sebagai satu keunikan yang menyatukan kita semua. Kami di J3 Homestay Tawau berbesar hati mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua rakan-rakan di seluruh Malaysia yang merayakan Hari Krismas. Semoga sambutan Krismas 2015 disambut dengan meriah disamping Keluarga yang tersayang. Merry Christmas ya kawan2 ;)


Online Booking: J3 Homestay Online Booking Form
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

Friday, 11 December 2015

Perlukan homestay bajet di Tawau?

Budget homestay in Tawau

Perlukan homestay bajet di Tawau? Hubungi kami di J3 Homestay Tawau di talian 013-5499-359. Tapi tahun ini penuh sudah ya. Untuk yang memerlukan homestay pada tahun hadapan, boleh lah buat tempahan awal-awal. Jangan buat tempahan last minit, bahaya tu. Macam sekarang ni, ramai sangat orang call setiap hari bertanyakan homestay, tapi maaf sangat-sangat kerana homestay kami memang sudah fully booked untuk bulan Disember ini. Ada yang tanya, 1 saja ke homestay? untuk makluman, kami ada 2 homestay, tapi satu sudah kami pajakkan kepada penyewa secara long term.

Memandangkan ramai yang selalu terlepas booking dengan J3 Homestay Tawau, maka kami mengambil inisiatif untuk menambah lagi bilangan homestay kami mulai tahun hadapan. Setakat ini, perkara ini masih dalam peringkat awal perancangan. Tapi target kami adalah untuk mereka yang mempunyai bajet dibawah RM150/mlm. Kalau semua terjadi seperti yang dirancang, J3 Homestay versi mega bajet akan dilancarkan pada Februari 2016 nanti. Apa-apa pun, tunggu pengumuman rasmi dari kami di laman blog ini ya.

Harapan kami, dengan adanya homestay bajet ini, lebih ramai lagi orang yang dapat menjimatkan perbelanjaan semasa bercuti di Tawau. Kami akan cuba yang terbaik untuk anda semua. Jadi sekiranya anda ada perancangan untuk datang ke Tawau tahun hadapan, jangan segan jangan malu, hubungi kami segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan. Anda juga boleh membuat tempahan secara online dengan menekan butang tempahan online di sebelah kanan atas laman blog ini. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau