Di J3 Homestay Tawau lahirnya sebuah cinta. Kalau nak tahu, ramai penyewa kami terdiri dari mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di Tawau dengan orang Tawau. Homestay kami disewa bagi menempatkan keluarga bakal mertua, bakal ipar dan bakal saudara etc. Ada yang baru kali pertama bertemu bakal pengantin semasa tiba di homestay kami. Jadi ia lah, boleh la dikatan di J3 Homestay ini lahirnya sebuah cinta. Cinta antara dua keluarga yang saling tak kenal dan kini menjadi keluarga.
Di sini lahirnya sebuah cinta juga sebenarnya merupakan tema hari kemerdekaan kita pada tahun ini. Sedar tak sedar, sudah hampir 57 tahun negara kita merdeka. Lagi 2 hari sahaja lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan. Kami di J3 Homestay Tawau amat teruja menyambut merdeka kali ini. Mana tidaknya, rezeki kami di sepanjang bulan merdeka ini memang cukup menggembirakan. Sepanjang bulan merdeka ini kami tidak putus-putus menerima tetamu di homestay kami. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.
Sebagai rakyat Malaysia juga kami amat bersyukur kerana negara kita sentiasa aman, damai dan sejahtera. Semoga keamanan di negara kita sentiasa terpelihara. Dalam Malaysia, kita semua bersaudara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan pangkat. Sama-sama lah kita menjaga negara yang kita sayangi ini bersama-sama. Kita 1 Malaysia dari dulu, kini dan selamanya. Selamat menyambut hari merdeka untuk semua dan terima kasih banyak kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada kami di J3 Homestay Tawau. Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
No comments:
Post a Comment