Sunday, 14 September 2014

Travel Tips Dari J3 Homestay Tawau

Panduan Melancong Selamat Bersama J3 Homestay Tawau


Hello selamat sejahtera, saya Vi dan kali ini saya akan kongsikan Travel Tips dari J3 Homestay Tawau untuk anda semua. Owhhh key, siapa Vi? Baiklah, saya merupakan pengurus J3 Homestay. Memandangkan semua orang sibuk kali ini, maka kali ini saya akan menjadi admin sementara bagi berkongsikan tips-tips yang menarik ini untuk dijadikan panduan semasa anda melancong nanti. 

Memandangkan sekarang adalah Tahun Melawat Malaysia, saya yakin ramai rakyat Malaysia yang akan keluar melancong melawat semua negeri di Malaysia ini. Dan mungkin ramai juga akan melawat daerah Tawau yang super ohsem ini. Kami di J3 Homestay Tawau sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Tapi perlu diingat, melancong ni bukanlah macam pergi ke kedai runcit di belakang rumah tu. Banyak benda perlu dimabil kira semasa dalam proses melancong supaya anda sentiasa happy dan gembira. Oleh itu di sini saya sediakan 8 tips yang super hebat untuk anda baca sebelum keluar melancong. Orait, let's read this together-gether ya. Jomzz...

Tips No 1. Selalulah Pandang Belakang 
Dalam movie cakap jangan pandang belakang. Tapi kalau travelling, rajin-rajinlah pandang belakang. Kadangkala dah jadi tabiat malas nak pusing dan tengok balik ke belakang apabila anda bangun untuk meninggalkan suatu tempat. Perjalanan ke sana sini, especially semasa bershopping adalah sangat memenatkan dan anda mungkin membawa barangan sampai tak cukup tangan. Bila keadaan ini terjadi, anda lebih cenderung untuk meninggalkan (tertinggal) handphone, tablet atau beg duit (omg!!) di atas meja, di kaunter pembayaran atapun di dalam bank ketika mengambil duit. Untuk mengelakkan perkara ini, sila lah pandang belakang untuk check ada barang yang tertinggal atau tidak.  


Tips No 2. Asingkan Sumber Kewangan Anda
Anda sudah pasti tahu bagaimana nak menyimpan semua kad bank anda dalam dompet / beg tangan anda apabila anda di rumah? Semua tersusun rapi dalam satu tempat je kan. Nah, kalau travelling tolong jangan buat macam di rumah hokeyy. Pastikan sekurang-kurangnya kad ATM dan kad Kredit serta wang tunai disimpan di tempat yang berasingan. Jika anda kehilangan semua kad dan wang tunai anda semasa dalam perjalanan adalah amat sukar untuk mendapatkan penggantian. Jiwa pun akan stress memikirkan segala mutiara yang tidak dapat dibeli itu. Jadi sila asingkan sumber kewangan anda. Sekurang-kurangnya, kalau hilang satu, masih ada lagi yang lain yang boleh digunakan untuk bershopping sakan.


Tips No 3. Jangan Simpan Dompet Anda Dalam Poket Belakang Seluar Jeans Anda 
Untuk mengelak daripada pickpocket, haruslah anda JANGAN menyimpan dompet dalam poket belakang seluar jeans anda. Keputusan yang paling tepat adalah menyimpan dompet anda di dalam poket depan seluar anda, terutamanya dalam poket yang boleh di buttoned up. Kalau mahu lebih selamat, boleh juga gunakan pouch atau 'tali pinggang wang' dengan memakainya di sekeliling pinggang anda (di bawah baju anda). Pastikan pouch tersebut berkualiti dan kalis air, takut nanti duit anda semua habis basah dengan peluh kalau pouch itu tidak kalis air. 


Tips No 4. Scan Semua Dokumen Utama Anda 
Mengimbas atau scan dokumen-dokumen perjalanan anda dan e-mel kan semua dokumen tersebut kepada diri anda sendiri. Kira normal lah kan kalau buat salinan photostat kad pengenalan, pasport dan visa anda dan meyimpan semua tu di bahagian yang berasingan di bagasi anda. Tetapi itu adalah so old skool. Hari ini, digital adalah yang terbaik - dengan cara ini dokumen anda tidak akan hilang walaupun beg anda dicuri dan dilarikan ke Afrika Utara. 


Tips No 5. Elakkan Dari Mempamerkan Barang Kemas Anda 
Jika anda melancong ke tempat lain, besar kemungkinan anda cenderung lebih kaya daripada kebanyakan penduduk tempatan, tetapi mengiklankan fakta ini dengan memakai barangan kemas yang bling-bling itu atau membawa kamera DSLR berharga RM6000 di leher anda adalah amat tidak digalakkan. Ia membuat anda menjadi sasaran pencuri. Tinggalkan barang kemas di rumah dan simpan kamera anda di dalam beg apabila anda tidak menggunakannya. Tak perlu la nak tayang sangat. Kalau kena curi, konfirm takkan kembali lagi.


Tips No 6 Jangan Tinggalkan Barang-Barang Kepunyaan Anda Tanpa Dijaga Di Tempat Awam 
Ini adalah amat jelas, tetapi orang melakukannya sepanjang masa. Paling ketara, pelancong meletekkan beg bimbit mereka di kaki atau tergantung dari belakang kerusi apabila mereka di kafe atau restoran. Pastikan beg anda sentiasa berada di riba anda, ataupun di atas meja di depan mata anda. Berusahalah, anda mampu mengubahnya.


Tips No 7. Serahkan Saja Laaa...
Terdapat satu peraturan mudah yang orang dapati sukar untuk di ikuti: Kalau kena rompak je, 99%  orang akan melawan balik. Macam konfiden je kan. Begini, jika anda dirompak, lebih baik anda serahkan saja terus dompet anda, ipad, rantai  dan jam tangan mewah anda itu dengan serta merta. Tak perlulah melawan. Lakukan sahaja dan tinggalkan tempat kejadian dengan selamat, itu yang lebih penting. 


Tips No 8. Jangan beri duit kepada pengemis 
Anda pasti mengatakan saya sangat kejam kerana melarang anda memberi duit kepada pengemis. Tapi, please la ya, tolong jangan lakukannya lebih-lebih lagi kalau anda berada di Tawau. Kenapa kah? Begini, sekali anda memberi duit kepada pengemis, dalam tak sampai 5 minit semua rakan-rakan, kaum kerabat dan mungkin jiran-jiran pengemis ini pasti mengerumuni anda untuk meminta duit juga. Percayalah, anda takkan mahu berada dalam keadaan yang havoc seperti itu. So, kalau mahu beramal, buatlah cara lain. Tapi jangan berikan duit anda kepada pengemis di jalanan orait.


Okey, diharapkan anda sudah hafal 8 travel tips yang super hebat ini ya. Jadikan ini sebagai panduan yang berguna ketika anda melancong nanti. Dan sekiranya anda sudah sampai di Tawau nanti, hubungi kami  di 013-5499-359 untuk menempah homestay yang paling murah di seluruh Tawau ya. Okey la, that's all for now, this is Vi from J3 Homestay Tawau signing off :)


No comments:

Post a Comment