Saturday, 21 June 2014

3 Sebab Mengapa Anda Harus Memilih Homestay

Tawau Homestay
Homestay atau Hotel???


3 sebab mengapa anda harus memilih homestay berbanding hotel di Tawau, ini adalah apa yang kami akan sentuh sedikit di dalam post kami pada kali ini. Selain homestay, tuan/puan boleh memilih untuk menginap di hotel. Dan untuk makluman, terdapat begitu banyak hotel-hotel yang menarik di Tawau seperti LA Hotel, Marco Polo Hotel, Hotel MyInn dan lain-lain lagi. Tapi kenapa anda semua harus memilih homestay, lebih-lebih lagi J3 Homestay Tawau berbanding hotel-hotel yang masyhur ini? Kami ada jawapannya.

1) Bajet
Bajet merupakan faktor yang paling utama mengapa anda harus memilih homestay di Tawau berbanding hotel. Di hotel, sebuah bilik yang hanya memuatkan katil bersaiz kecil (single/standard) boleh disewa pada kadar RM60.00, itu yang termurah. Bayangkan kalau anda datang ke Tawau bersama keluarga seramai 10 orang ke atas. Anda mungkin terpaksa menyewa beberapa buah bilik hotel dan kosnya akan mencecah beratus-ratus ringgit. Apabila anda menyewa homestay, anda bukan menyewa bilik, tapi SEBUAH RUMAH yang lengkap dengan segala-galanya. Contohnya seperti di J3 Homestay Tawau, kami menawarkan sebuah rumah yang mempunyai 4 buah bilik pada kadar RM190 sahaja untuk 1 malam. Dan sewa ini akan semakin murah apabila anda menginap dengan lebih lama. Jadi untuk penjimatan yang maksimum, homestay adalah pilihan yang paling baik.

2) Keselesaan
Berbanding hotel, homestay mempunyai banyak ruang untuk memenuhi keperluan anda. Ada ruang tamu untuk bersantai, ada dapur untuk memasak, ada bilik tidur untuk berehat-rehat dan banyak lagi. Di hotel, hanya ada 1 ruang sahaja, iaitu ruang untuk tidur. Anda tidak dapat melakukan banyak perkara di dalam sebuah bilik hotel, apalagi kalau anda beramai-ramai menyewa sebuah bilik. Dengan barang berterabur entah ke mana, sempit dan tidak ada privasi. Di J3 Homestay Tawau, anda dapat berehat dan bersantai seperti anda sedang berada di dalam rumah sendiri. Tidak perlu bersempit-sempit kerana ruang yang ada cukup besar untuk anda semua.

3) Mempunyai Kelengkapan Yang Lengkap
Apabila anda menginap di hotel, peralatan yang ada mungkin hanya katil, televisyen, meja solek serta aircond. Kalau anda merupakan ibubapa yang membawa anak-anak kecil, ini sudah pasti akan melecehkan. Apabila anak anda mahu minum susu, sudah tentu payah sedikit untuk menyediakannya. Lebih-lebih lagi kalau di dalam bilik itu tidak disediakan water heater serta peralatan untuk mencuci dan mebersihkan botol susu itu nanti. Di homestay, rumah adalah lengkap seperti rumah sendiri. Di J3 Homestay Tawau, kami menyediakan kelengkapan yang cukup untuk anda semua. Dapur lengkap dengan peralatan mencuci dan memasak. Jimat belanja. Kami juga menyediakan peralatan lain seperti mesin basuh automatik, peti sejuk, televisyen dan lain-lain. Ini semua untuk kemudahan anda semua. 

Jadi dengan info ini diharapkan anda semua dapat membuat pertimbangan yang wajar antara homestay atau hotel apabila berkunjung ke Tawau nanti. Sekiranya anda berminat dan mahu membuat tempahan di J3 Homestay Tawau, sila sms/whatsapp kami di talian 013-5499-359. Anda juga boleh membuat tempahan melalui emel di homestaytawau@gmail.com


=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=




J3 Homestay Tawau

No comments:

Post a Comment