Tuesday, 10 June 2014

Pelanggan J3 Homestay Tawau

Customer Homestay Tawau


Selamat sejahtera untuk tuan/puan sekalian. Screenshot di atas adalah perbualan sms antara pelanggan J3 Homestay Tawau, iaitu Puan Marlinah dan pihak J3 Homestay. Untuk makluman, Puan Marlinah yang datang dari Keningau bersama ahli keluarganya sempena majlis pertunangan adiknya baru-baru ini telah menginap di J3 Homestay Tawau selama 4 malam. Iaitu bermula 06.06.2014 hingga 10.06.2014, iaitu pada hari ini. Puan Marlinah sekeluarga baru sahaja check-out sebentar tadi. Kami di J3 Homestay Tawau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan Marlinah seisi keluarga kerana telah memilih J3 Homestay Tawau sebagai tempat penginapan mereka seisi keluarga. Harapan kami agar mereka selesa dan senang sepanjang berada di homestay kami ini.

Yang menariknya, Puan Marlinah telah menempah lagi homestay kami ini untuk hari raya yang akan datang kerana adiknya bakal melangsungkan perkahwinan pada musim cuti raya nanti. Terima kasih sekali lagi Puan Marlinah. Untuk makluman, ada ramai sudah yang menempah homestay ini di tarikh yang akan datang. Kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan semua. Walaupun tuan/puan  menginap hanya untuk 1 malam sahaja, homestay kami tetap terbuka untuk tuan/puan. Kami tidak menetapkan sewaan minimum selama 2 hari ke atas kerana kami tahu, tidak semua orang akan stay lebih dari 1 hari di Tawau ini. Yang penting, tuan/puan membuat tempahan awal.

Sekali lagi, terima kasih atas segala sokongan yang diberi. Sekiranya tuan/puan berminat menempah homestay di Tawau, jangan lupa sms/whatsapp kami di J3 Homestay Tawau di talian 013-5499-359. Kami akan melayan pertanyaan tuan/puan dengan sebaik mungkin. Terima kasih :)


=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=



J3 Homestay Tawau




No comments:

Post a Comment