Di mana letaknya homestay bajet di Tawau? itulah soalan yang selalu ditanyakan oleh mereka-mereka yang mahu menyewa homestay di Tawau ini, tapi pada bajet atau harga yang berpatutan. Sila rujuk gambar di atas, kebanyakan warga Tawau tahu di mana letaknya tempat di atas kan? bagi yang belum tahu, itu adalah kawasan kejiranan di Taman Semarak Bal II di Tawau. Di sini lah letaknya homestay bajet di Tawau, iaitu J3 Homestay Tawau.
Ramai orang selalu meminta kami menunjukkan di manakah kawasan homestay kami. Mungkin mereka mahu melihat sendiri yang kawasan itu adalah kawasan yang baik dan selamat. Ada juga yang tidak mahu berurusan kalau tiada gambar, maka di sini kami tunjukkan lokasi kami di mana. Gambar ini diambil dari beranda homestay kami. Dan di sinilah kami berada.
Bagi yang ingin menyewa homestay bajet kami ini, ada staff yang akan menunggu anda di bandar Tawau dan seterusnya membawa anda ke kawasan homestay ini nanti. Kami jamin anda pasti tidak akan tersesat. Lagipun, kawasan ini amat mudah untuk di cari sebab rasanya di Tawau ini hanya kawasan ini saja yang ada rumah teres 3 tingkat batu bata.
Untuk pengetahuan juga, kawasan ini memang aman dan damai. Tidak ada bunyi bising pada waktu siang mahupun di malam hari. Anda pasti akan berasa selesa dan selamat di kawasan ini. Lagipun, ramai jiran tetangga di kawasan ini terdiri dari pegawai polis. Untuk melihat gambar-gambar di dalam homestay bajet kami ini, sila klik ruangan Info & Gambar J3 Homestay. Anda pasti akan berpuashati. Untuk membuat tempahan homestay, sila sms/whatsapp 013-5499-359. Kami pasti memberi layanan yang terbaik untuk anda semua. Terima kasih :)
=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=
=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=
No comments:
Post a Comment