Monday 6 June 2016

Homestay Apas Permai Tawau

Homestay terbaru dari J3 Homestay Tawau


Ini dia unit terbaru dari kami, Homestay Apas Permai Tawau. Homestay ini sudah memulakan operasi bermula dari 10hb Mei yang lepas. Dan setakat hari ini, sambutan memang sangat luarbiasa. Iklan yang kami lancarkan di laman mudah.my dan juga di laman facebook berjaya menarik perhatian orang ramai atas kewujudan homestay terbaru dari kami ini.

Homestay Apas Permai Tawau merupakan sebuah rumah teres setingkat yang terletak di batu 14 Jalan Apas, Tawau. Jaraknya dari lapangan terbang Tawau hanya 10 minit sahaja dan jarak dari Bandar Tawau pula dalam lingkungan 20 minit. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Peralatan seperti katil, tilam, televisyen, mesin basuh, periuk nasi, seterika, cerek elektrik, pinggan mangkuk dll disediakan dengan lengkap di homestay ini.

Harga yang ditawarkan untuk Homestay Apas Permai Tawau adalah RM120/mlm sahaja. Bagi yang menginap 7 malam dan ke atas, sewa adalah serendah RM100/mlm. Sekiranya berminat menyewa homestay ini, boleh hubungi kami di talian 013-5499-359. Untuk info lanjut mengenai Homestay Apas Permai, gambar dan lain-lain, sila layari http://www.tawauhomestayap.blogspot.com

Bagi yang berminat dengan J3 Homestay di Taman Semarak, Tawau, anda juga boleh hubungi kami di talian seperti di atas. Homestay yang kami tawarkan memang yang paling murah di seluruh Tawau. Sudahlah murah, lengkap dan selesa lagi. Jadi jangan tunggu lama-lama. Siapa cepat, dia dapat ;)


 
Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau