Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya dari J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Raya Dari J3 Homestay Tawau
Selamat Hari Raya dari J3 Homestay Tawau

Selamat Hari Raya warga Tawau! Kini kita telah pun memasuki hari raya yang ke-2 pada tahun 2014. Bagaimana hari raya anda pada tahun ini? Diharapkan perayaan hari raya tahun ini lebih gembira dan lebih bermakna di samping keluarga tersayang.

Kami di J3 Homestay Tawau turut mengambil kesempatan ini untuk bercuti pada hari raya pertama dan kedua. Pada hari raya ketiga iaitu esok, J3 Homestay Tawau akan menerima tetamu. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan pada yang sudi memilih kami sebagai destinasi percutian anda di hari raya ini.

Kami akan cuba memberi yang terbaik untuk anda. Untuk makluman anda semua, jalan di kawasan Taman Semarak agak jem sedikit pada hari raya ini. Tapi dijangka keadaan akan kembali seperti biasa di kawasan perumahan ini pada esok hari (raya ke-3) kerana ramai yang telah kembali bekerja. 

Bagi tetamu yang telah menempah homestay dengan kami, anda semua tidak perlu risau sebenarnya untuk mencari lokasi homestay kami. Ini kerana pada hari anda check in, pekerja kami akan menjemput anda dan menunjukkan jalan ke homestay kami ini. 

Bagi bulan ogos depan ada beberapa tempahan yang sudah kami ambil. Tapi masih ada kekosongan lagi di tarikh-tarikh tertentu. Kalau anda berminat untuk merasai penjimatan wang yang sebenar, jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay Tawau. Kami jamin, sewa kami adalah yang paling menakjubkan. Tidak percaya? hubungi kami di talian 013-5499-359 dan kita nego sampai jadi.

Akhir kata, sempena Hari raya ini kami di J3 Homestay Tawau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Tawau dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sekiranya ada salah dan silap, kami menyusun 10 jari memohon maaf dari anda semua. Semoga raya tahun ini memberi seribu keriangan untuk kita semua :)


Sunday 13 July 2014

Anda Bayar Murah, Dapat Lebih

Tawau Homestay Tawau



Dengan J3 Homestay Tawau anda bayar murah, dapat lebih. Apa maksudnya tu? Biar kami jelaskan. Bayaran homestay kami adalah antara yang paling fleksibel dan murah di seluruh Tawau. Kami open to discussion dan anda boleh dapat harga yang lebih rendah dari yang selalu kami paparkan. Walau pun harga sewa kami murah, tapi apa yang anda dapat bila menyewa di homestay kami adalah lebih dari yang anda bayar.

Untuk makluman, kami tidak pernah caj lebih untuk orang yang ramai. Seramai mana pun anda, rate kami tetap sama, tetap murah. Malahan kami sudah bersedia menunggu kedatangan ramai penghuni. Lihat saja gambar dia atas dan di bawah ini, kami menyediakan begitu banyak tilam single dan juga tilam queen size serta bantal extra untuk keselasaan anda semua. Tak perlu bayar lebih pun. Menakjubkan bukan?


Tawau Homestay Tawau

Pinggan mangkuk, gelas, serta peralatan lain juga adalah untuk keperluan ramai orang. Jadi jangan takut kalau anda datang beramai-ramai. Kami tidak ada extra caj. Itu yang kami maksudkan dengan anda bayar murah, dapat lebih. Selain dari itu, kami juga turut menyediakan keperluan khas untuk keluarga yang membawa anak kecil. Mesti sukar menidurkan bayi anda di katil sahaja kan? Oleh itu kami dapatkan anda buaian untuk si comel anda agar si dia selesa tidur di homestay kami nanti.

Tawau Homestay Tawau 
Buaian untuk si comel anda

Kami di J3 Homestay Tawau akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda. Anda cuma perlu mengeluarkan bajet yang sangat sedikit apabila anda menginap bersama kami. Anda tidak perlu membayar lebih, anda tidak perlu membayar mahal. Jimatkan duit anda untuk keperluan lain di Tawau ini. Sekiranya anda berminat untuk menyewa homestay kami ini, jangan lupa hubungi kami di talian 013-5499-359. Terima kasih banyak-banyak :)


=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=


Thursday 10 July 2014

Booking Homestay Anda Secara Online

Tawau Homestay Booking Form

Tahukah anda yang anda boleh booking homestay anda secara online? Kami di J3 Homestay Tawau telah mengambil inisiatif untuk memudahkan anda semua untuk membuat tempahan ataupun booking secara online. Apa yang perlu buat untuk buat booking secara online adalah dengan mengikut langkah-langkah berikut:

1. Klik link booking J3 Homestay Tawau Online 
2. Isikan maklumat anda dengan lengkap, termasuk tarikh check-in dan check-out
3. Klik butang submit
4. Tunggu pengesahan dari pihak J3 Homestay Tawau dalam tempoh 24 hingga 48 jam

Amat mudah bukan? Kami akan memproses tempahan anda di dalam tempoh 24 hingga ke 48 jam. Sebarang maklumat akan kami hantar pada anda ke alamat yang anda telah berikan semasa mengisi borang online tersebut.

Langkah ini kami ambil bagi menjimatkan masa anda. Tidak perlu call/sms/whatsapp, klik sahaja butang book online ataupun pada link booking yang telah kami sediakan di hujung post-post kami. Walau bagaimanapun, suka kami ingatkan bahawa tempahan yang anda buat secara online itu belum lagi dikira 100% konfirm. Kami akan menghubungi anda secara emel atau whatsapp (sms) untuk membuat pengesahan sebelum menghantar confirmation booking slip kepada anda nanti.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan borang booking online ini, anda semua boleh menghubungi kami di emel J3 Homestay Tawau homestaytawau@gmail.com ataupun sms/whatsapp kami di talian 013-5499-359. Kami sedia membantu anda :)

Tuesday 1 July 2014

Mana best? Hotel atau Homestay?

Hotel di Tawau
Kredit Gambar : www.etawau.com



Mana best? hotel atau homestay? Di Tawau ni ada banyak hotel yang best-best untuk dijadikan pilihan. Antara hotel yang boleh anda pilih di Tawau adalan Hotel Marco Polo, Hotel Emas, MyInn Hotel, LA Hotel, De Choice Hotel, MB Hotel, Heritage Hotel, Shervinton Boutique Hotel dan lain-lain lagi. Sewa bagi sebuah bilik untuk hotel yang standard sikit adalah dari RM60 ke atas bagi single room. Bagi hotel bajet pula, ada yang serendah RM35.00 sahaja. Tapi kondisinya lebih kurang macam bilik tumpangan. Tapi itu terpulang kepada kehendak pelanggan. Ada yang mahu standard, ada yang jenis tak kisah. Antara hotel bajet yang boleh anda pilih di Tawau adalah Tawau Hotel, Loong Hotel dan Hotel Soon Yee. Sewanya memang murah. Cuma keadaan bilik adalah asas sahaja. Tidaklah se-grand hotel-hotel yang lain. Tapi kalau anda tak kisah, tak apa. Maklumat mengenai hotel-hotel di Tawau anda boleh dapati di laman web www.etawau.com


Jadi berbalik kepada persoalan tadi, mana best? hotel atau homestay? Kalau anda datang ke Tawau ini seorang diri atas tujuan urusan perniagaan dan dalam jangkamasa sekejap saja, hotel adalah pilihan yang terbaik. Tapi sekiranya anda datang beramai-ramai untuk tujuan kursus, sukan, majlis perkahwinan atau pertunangan, maka homestay adalah pilihan yang terbaik sekali. Di homestay, kelengkapan sebuah rumah yang lengkap telah tersedia untuk kemudahan anda tanpa perlu membayar lebih. Di hotel pula, anda bukan saja perlu membayar untuk bilik, tetapi untuk makan pun anda kena keluarkan duit untuk makan di luar. Selain itu, anda juga perlu membayar untuk perkhidmatan laundry. Kalau seorang diri tak apa lah. Tapi bayangkan kalau ada 15 orang? sudah tentu terduduk juga membayarnya tu kan.


Lagipun kalau ramai-ramai, lagi seronok kalau tinggal dalam suasana rumah sendiri tanpa perlu bersesak-sesak di dalam sebuah bilik. Ada terdapat banyak ruang di dalam sesebuah homestay untuk anda meluangkan masa. Ada ruang tamu, bilik, dapur dan juga ruang santai di luar rumah. Di kawasan homestay juga, seperti di J3 Homestay Tawau, anda dapat bersiar-siar di sekitar kawasan kejiranan dan mengambil angin. Anda juga dapat menjimatkan duit makan, di homestay yang kami sediakan misalnya, segala peralatan dapur serta barang runcit yang asas ada kami sediakan untuk memudahkan anda memasak hidangan bagi orang yang ramai. Memang jimat dan anda juga boleh merasakan masakan rumah sendiri walaupun berada jauh beribu batu dari kampung sendiri.


Yang paling best, bila balik kampung anda tidak perlu bawa banyak baju kotor. Ini kerana, anda boleh mencuci baju sepuas-puas hati dengan mesin basuh automatik yang kami sediakan. Bukan setakan mesin basuh, cecair pencuci baju pun ada juga. Itu merupakan kelebihan tinggal di dalam sebuah homestay. Memang terbaik kan? rasa macam seperti duduk di rumah sendiri saja.


Di hotel anda tidak dapat berbuat semua ini. Yang paling best sekali, sewa homestay tidak lah terlalu mahal. Berapa yang perlu anda bayar apabila tinggal di sebuah hotel standard room yang ada dua katil? Paling murah dalam lingkungan RM80/malam. Kalau 15 orang, sudah tentu perlukan paling sedikit 5 bilik. Dengan anggapan anda sanggup berhimpit-himpit. Kos untuk 5 bilik pada kadar RM80/malam adalah RM400/malam. Mahal bukan? itu belum makan minum serta serta servis caj yang lain. Dan itu baru untuk 1 malam saja. Kalau 3 malam? RM1200 semuanya. Kalau di J3 Homestay Tawau, untuk sewaan 3 malam hanya RM180/malam. Kalau 3 malam, jumlah sewaan anda baru RM540 termasuk semua perkhidmatan dan peralatan yang anda boleh gunakan dengan percuma di dalam homestay tersebut. Dengan menyewa homestay, anda dapat menjimatkan duit sebanyak RM1200 - RM 540 = RM660! Memang menakjubkan. Bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan duit yang baru saja anda jimatkan itu.


Jadi mana best? hotel atau homestay? ianya terpulang kepada anda dan keperluan anda sendiri. Tapi kalau mahu berjimat macam jutawan, homestay adalah pilihan yang terbaik. Untuk mendapatkan homestay yang terbaik di Tawau, silakan hubungi kami di J3 Homestay Tawau dengan kadar segera di talian 013-5499-359. Biar kami bantu anda berjimat dengan bergaya di daerah Tawau ini :)

=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=