Friday 30 January 2015

Jom BBQ di J3 Homestay Tawau

BBQ di J3 Homestay Tawau

Sudah beberapa kali kami ditanya mengenai set BBQ di J3 homestay Tawau. Ramai sungguh penyewa kami yang hendak ber-BBQ rupanya. Maklumlah, seafood di Tawau kan murah sangat-sangat. Jadi ramai yang teringin hendak buat BBQ seafood ini. Jadi untuk tidak mengecewakan pelanggan-pelanggan setia kami termasuklah bakal pelanggan kami, maka dengan ini kami dengan bangganya menambah satu lagi kemudahan di homestay kami, iaitu set BBQ fancy grill untuk anda semua. Ohsem kan?

Kalau nak tahu, fancy grill ini amat mudah digunakan. Tak perlu guna arang batu dan sebagainya. Boleh panggang terus di atas dapur gas. Rasa daging atau ikan yang dipanggang diatas fancy grill ini memang sedap dan moist. Kalau tak percaya, cubalah masa berkunjung ke homestay kami nanti. Dalam masa 15-20 minit sahaja anda boleh mendapat hidangan ala BBQ yang sangat sedap mengalahkan restoran. 

Kami berharap semua pelanggan dan bakal pelanggan akan gembira dengan adanya fancy gril ini di J3 Homestay. Untuk makluman, kami sentiasa peka dengan kehendak pelanggan-pelanggan kami. Semua maklumbalas yang kami terima akan kami pertimbangkan. Pokok pangkalnya, kami akan cuba sedaya upaya memenuhi semua kehendak pelanggan-pelanggan kami. Ini kerana, tanpa anda siapalah kami.

Untuk makluman juga, di sepanjang bulan  Januari ini kadar occupancy di homestay kami hampir mencecah 80%, berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami di J3 Homestay Tawau. Untuk anda yang bakal berkunjung ke daerah Tawau dalam masa terdekat ini dan memerlukan homestay yang prihatin dan memahami (serta murah), jangan lupa hubungi kami dengan kadar segera di talian 013-5499-359 dan silakan membuat tempahan serta-merta. Anda pasti tidak akan menyesal ;)

Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

Monday 19 January 2015

J3 Homestay Tawau Sebuah Perniagaan Berdaftar

Bajet Homestay Tawau

Mesti ramai yang tak tahu bahawa J3 Homestay Tawau merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang. J3 Homestay Tawau merupakan anak syarikat bagi J3 Trade Enterprise. Bak kata orang-orang Tawau, bukan cincai ya. Atas naungan Syarikat J3 Trade Enterprise, maka dapatlan J3 Homestay Tawau menawarkan kadar sewa yang amat murah berbanding pesaing-pesaing yang lain. Selain dari sewa yang murah, J3 Homestay Tawau juga diuruskan oleh sekumpulan pekerja yang mempunyai tugas masing-masing bagi memastikan J3 Homestay Tawau sentiasa bersedia untuk menerima tetamu.

J3 Homestay Tawau

Kami sentiasa memastikan homestay kami berada dalam keadaan bersih semasa tetamu berdaftar masuk. Ini dapat kami laksanakan kerana memiliki tenaga housekeeping yang akan membersihkan homestay ini semasa tetamu mendaftar keluar atau check-out. Jadi bila ada saja tetamu yang baru masuk, homestay ini sudah berada dalam keadaan yang bersih sebersih-bersihnya.

J3 Homestay Tawau

Kami juga memiliki bahagian customer service yang akan cuba sedaya upaya melayan setiap pertanyaan dan menguruskan tempahan bagi homestay kami. Walau bagaimanapun, untuk makluman J3 Homestay Tawau menerima berpuluh-puluh panggilan dan mesej setiap hari. Adakalanya mungkin ada yang terlambat dilayan. Tetapi kami akan sentiasa memberi yang terbaik.

J3 Homestay Tawau

Untuk makluman, setakat ini hanya J3 Homestay Tawau yang sudi menyediakan peralatan dan barangan memasak yang lengkap untuk para tetamu. Kami sediakan beras, minyak masak, bawang, garang, gula dan macam-macam lagi untuk memudahkan anda menyediakan makanan sepanjang berada di homestay kami. Ini merupakan satu sebab mengapa anda harus memilih kami. Kami tidak berkira, yang kami mahu adalah membantu anda mencapai tingkat keselesaan sepanjang menginap di J3 Homestay Tawau.

kereta sewa tawau car rental

Selain dari menyediakan perkhidmatan homestay yang amat murah. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau untuk anda semua. Kami mahu bantu anda menjimatkan duit sepanjang anda berada di Tawau. Untuk membuat tempahan kereta sewa ini, anda boleh berhubung dengan bahagian kereta sewa kami di talian 014-9669-359.

Akhir kata, kami di J3 Homestay Tawau sentiasa mencuba yang terbaik untuk anda. Kami bantu anda dengan memberi kadar sewa yang amat murah. Kami berikan anda keselesaan dan rasa persahabatan. Jadi kalau anda berada di Tawau dan sedang mencari homestay untuk penginapan anda seisi keluarga, jangan lupa hubungi kami, rakan anda di J3 Homestay Tawau.

Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)






Friday 2 January 2015

Promosi Gila 100 Hari J3 Homestay Tawau

promosi 100 hari j3 homestay tawau

Ini kali la, tak pernah-pernah lagi dibuat oleh mana-mana homestay di Tawau. Kami di J3 Homestay Tawau dengan bangganya akan melancarkan "Promosi Gila 100 Hari" bermula dari 30 Januari 2015. Apa maksud 5% diskaun setiap hari tu? Ok, untuk makluman semua, sebelum ini kalau mahu dapatkan diskaun 5% kena book awal-awal kan? Sekarang tidak lagi. Untuk tempoh 100 hari bermula 30hb Januari 2015, semua pelanggan J3 Homestay Tawau akan mendapat diskaun setiap hari, setiap masa tak kiralah anda booking awal atau last minit. Janji masa tu ada kekosongan dan anda mahu buat tempahan, pada masa itu juga anda akan dapat diskaun 5% on the spot. Ohsem kan? 

Jadi untuk 100 hari yang akan datang bermula 30 Januari 2015 hingga 10 Mei 2015, rate sewa kami adalah seperti berikut:

1-2 mlm = RM180.50/mlm
3-6 mlm = RM 171/mlm
7-10 mlm = RM161.50/mlm
11-13 mlm = RM142.50/mlm
14 mlm ke atas = Kita nego sampai anda puashati ok!

Jadi sekarang sudah tidak ada alasan lagi untuk berbelanja lebih kalau mahu menyewa homestay di Tawau. Hubungi saja kami secepat mungkin dan jimatkan wang anda dengan segera. Hasil dari penjimatan itu nanti boleh anda gunakan untuk makan-makan bersama keluarga di restoran seafood di Tawau ini. Untuk info lanjut boleh sms/whatsapp talian 013-549-9359, kami akan cuba menjawab segala pertanyaan anda dengan sebaik mungkin.

Jadi tunggu apa lagi ya? Kami bagi anda menginap di homestay yang paling lengkap di Tawau dengan kadar sewa yang paling rendah. Hari-hari ada diskaun tu. Sudahlah ada diskaun, makin lama sewa, makin murah lagi. Best kan? Jadi tunggu apa lagi?


Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau