Monday, 19 January 2015

J3 Homestay Tawau Sebuah Perniagaan Berdaftar

Bajet Homestay Tawau

Mesti ramai yang tak tahu bahawa J3 Homestay Tawau merupakan sebuah entiti perniagaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang. J3 Homestay Tawau merupakan anak syarikat bagi J3 Trade Enterprise. Bak kata orang-orang Tawau, bukan cincai ya. Atas naungan Syarikat J3 Trade Enterprise, maka dapatlan J3 Homestay Tawau menawarkan kadar sewa yang amat murah berbanding pesaing-pesaing yang lain. Selain dari sewa yang murah, J3 Homestay Tawau juga diuruskan oleh sekumpulan pekerja yang mempunyai tugas masing-masing bagi memastikan J3 Homestay Tawau sentiasa bersedia untuk menerima tetamu.

J3 Homestay Tawau

Kami sentiasa memastikan homestay kami berada dalam keadaan bersih semasa tetamu berdaftar masuk. Ini dapat kami laksanakan kerana memiliki tenaga housekeeping yang akan membersihkan homestay ini semasa tetamu mendaftar keluar atau check-out. Jadi bila ada saja tetamu yang baru masuk, homestay ini sudah berada dalam keadaan yang bersih sebersih-bersihnya.

J3 Homestay Tawau

Kami juga memiliki bahagian customer service yang akan cuba sedaya upaya melayan setiap pertanyaan dan menguruskan tempahan bagi homestay kami. Walau bagaimanapun, untuk makluman J3 Homestay Tawau menerima berpuluh-puluh panggilan dan mesej setiap hari. Adakalanya mungkin ada yang terlambat dilayan. Tetapi kami akan sentiasa memberi yang terbaik.

J3 Homestay Tawau

Untuk makluman, setakat ini hanya J3 Homestay Tawau yang sudi menyediakan peralatan dan barangan memasak yang lengkap untuk para tetamu. Kami sediakan beras, minyak masak, bawang, garang, gula dan macam-macam lagi untuk memudahkan anda menyediakan makanan sepanjang berada di homestay kami. Ini merupakan satu sebab mengapa anda harus memilih kami. Kami tidak berkira, yang kami mahu adalah membantu anda mencapai tingkat keselesaan sepanjang menginap di J3 Homestay Tawau.

kereta sewa tawau car rental

Selain dari menyediakan perkhidmatan homestay yang amat murah. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau untuk anda semua. Kami mahu bantu anda menjimatkan duit sepanjang anda berada di Tawau. Untuk membuat tempahan kereta sewa ini, anda boleh berhubung dengan bahagian kereta sewa kami di talian 014-9669-359.

Akhir kata, kami di J3 Homestay Tawau sentiasa mencuba yang terbaik untuk anda. Kami bantu anda dengan memberi kadar sewa yang amat murah. Kami berikan anda keselesaan dan rasa persahabatan. Jadi kalau anda berada di Tawau dan sedang mencari homestay untuk penginapan anda seisi keluarga, jangan lupa hubungi kami, rakan anda di J3 Homestay Tawau.

Tempah homestay anda sekarang: 
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)






9 comments:

  1. bagus ni.. lain kalo boleh tidur sini bila pergi tawau.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info. Mana tau ada rezeki ke sini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... kalau datang ke Tawau, jgn lupa ke J3 Homestay ;)

      Delete
  3. Antara hotel dengan homestay kami lebih suka homestay sebab lebih santai dan selesa sangat :)

    ReplyDelete
  4. Kami pun suka homestay, haha...

    ReplyDelete
  5. wah bestnya boleh masak2 sekali.
    kalau ke tawau saya mesti stay di sini :)

    ReplyDelete
  6. Insyaallah kalau ke Tawau nanti......

    ReplyDelete