Saturday 7 February 2015

Kereta Sewa Murah di J3 Homestay Tawau

Kereta Sewa Murah di Tawau

Buat bakal-bakal penyewa J3 Homestay Tawau yang kami hormati, untuk makluman, selain menyewakan homestay yang paling best dan paling ohsem di Tawau, kami juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Kami sudah masak dengan pengalaman di mana hampir kesemua penyewa homestay kami amat-amat memerlukan kereta sewa. Dan kalau boleh anda mahu kereta sewa yang murah-murah saja kan? Betul kan?

Ok, kami memang ada sediakan kereta sewa yang best-best dan murah-murah untuk anda semua. Contohnya seperti gambar di atas. Untuk makluman, kereta Toyota Unser berkenaan adalah kereta yang paling hot dan paling laris di kalangan penyewa-penyewa homestay kami yang lepas. Kereta jenis MPV ini boleh memuatkan seramai 8 orang dewasa dengan cukup selesa. Keadaan dalam kereta pun sangat tip-top dan boleh tahan (kami memang jaga kereta kami). Ramai yang meyewa kereta ini kerana ianya besar dan boleh muat ramai orang dan banyak barang.

Ratenya macam mana pula? memang yang paling murah lah di seluruh Tawau. Untuk penyewa-penyewa di J3 Homestay Tawau kami offer harga yang sangat rendah. Untuk kereta besar, luas dan selesa ini kami tawarkan pada harga RM180 sahaja per hari. Makin lama sewa, makin murah. Best kan? Kalau berminat menyewa kereta ini, bolehlah berhubung terus dengan unit kereta sewa kami di talian 014-9669-359. Selain kereta MPV seperti di atas, kami ada banyak lagi kereta-kereta lain untuk jadi pilihan anda.

Okey, habis cerita mengenai kereta sewa. Sekarang mengenai homestay pula. Untuk makluman, sekarang sudah bermula promosi gila-gila J3 Homestay Tawau. Tiap-tiap hari kami akan bagi 5% diskaun pada penyewa-penyewa kami. Tidak perlu booking awal untuk dapat potongan harga istimewa tersebut. Booking on the spot pun boleh terus dapat diskaun. Jadi kalau anda perlukan homestay yang besar, luas, dan lengkap serba-serbinya (beras pun kami sediakan tau), jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay di talian 013-5499-359. Konfirm dilayan bah kalau kau ;)

Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau

Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

1 comment:

  1. beras pun disediakan
    untuk la siapa yang rajin masak nasi
    boleh jimat dan makan sepuasnya

    ReplyDelete