Monday 7 March 2016

Jom Serbu J3 Homestay Tawau

Customer J3 Homestay Tawau


Dah nak cuti sekolah ni, jom serbu J3 Homestay Tawau. The best homestay in Tawau, Sabah. Haha.. sekali-sekala memuji diri sendiri tak salah kan? Sejak kebelakangan ini kami di J3 Homestay amat sibuk sekali. Banyak yang perlu dibuat dan banyak tetamu yang perlu kami urusakan. Laman blog ni pun dah hampir sebulan tidak kami update. Tapi hari ni kami free sikit, jadi dapatlah meluangkan masa mengupdate laman ini dan bercerita serba sedikit perkembangan terkini kami.

Gambar di atas itu merupakan gambar pelanggan kami yang terakhir di bulan Februari, iaitu En. Azami sekeluarga. Memang sporting dan terbaik lah mereka ni. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan pada En. Azami dan keluarga kerana memilih J3 Homestay. Semoga berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Dengan berakkhirnya bulan Februari, maka bermula lah bulan Mac, iaitu bulan yang paling pack untuk kami.

Di bulan Mac ramai orang yang bertunang dan melangsungkan perkahwinan. Dan mereka semua perlukan homestay untuk keluarga pihak sebelah lelaki atau perempuan yang datang dari daerah yang lain atau negeri yang lain. Sejak awal Mac lagi kami di J3 Homestay Tawau telahpun fully booked. Cuma ada tinggal beberapa hari saja lagi yang kosong, dalam 4-5 hari di hujung bulan Mac yang belum ditempah. Anda berminat? 

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan bagi hujung Mac, bolehlah hubungi kami segera di talian 013-5499-359. Untuk tarikh awal dan pertengahan Mac, memang telah habis ditempah semuanya. Kepada yang belum tahu lagi, jarak J3 Homestay Tawau dengan bandar Tawau tidaklah terlalu jauh. Dalam 7KM sahaja. Selain dari jarak yang tidak jauh dari bandar, J3 Homestay juga berada dekat dengan Pasar Semarak, Pasaraya Asia, Cold Storage, Restoran 24 jam, Klinik 1 Malaysia, Masjid, dan lain-lain lagi. Semua tempat yang disebutkan itu jaraknya hanya 1 minit dari pagarJ3 Homestay. Best kan?

Jadi jangan tunggu lama-lama kalau ingin membuat tempahan. Begitu ramai sudah pelanggan yang berpuashati dengan harga dan servis J3 Homestay Tawau. Bagi kami, siapa cepat, dia dapat. Jadi jangan lepaskan peluang ya. Ok lah, sekian dulu posting kali ini. Nak mengemas homestay dulu, baru sebentar tadi ada pelanggan yang baru check-out. Jumpa lagi di posting yang akan datang ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment