Wednesday 4 May 2016

Homestay Murah Di Tawau

J3 Homestay Tawau 0135499359


Dapatkan homestay yang murah dan lengkap di Tawau dengan J3 Homestay Tawau. Kami jamin harga homestay kami adalah murah dan berpatutan serta tidak akan membebankan anda semua. Jadi sudah bersedia untuk menginap di homestay bajet yang paling best dan paling lengkap di Tawau? Sila hubungi kami dengan kadar segera di talian 013-5499-359. Sekiranya panggilan anda tidak terjawab, sila tinggalkan pesanan melalui sms/whatsapp. 

Masa kami mula-mula nak buka homestay ni dulu, ramai juga yang skeptikal. Ada ke orang yang nak sewa homestay di Tawau ni? Maklum lah, Tawau ni tak sama macam tempat orang lain. Ikatan kekeluargaan kuat, kalau ada family atau keluarga bakal mertua datang, biasanya akan tinggal di rumah sendiri saja. Tak ada lah sampai nak menyewa rumah orang pula kan. Tapi kami yakin, zaman sudah berubah. Ikatan kekeluargaan tetap kuat, tapi sekarang semua orang inginkan KESELESAAN. Betul kan?

Keinginan untuk keselesaan inilah yang menyebabkan bisnes J3 Homestay mendapat begitu banyak sambutan. Sudah ramai orang yang boleh menerima konsep menyewa homestay ini. Bagi mereka yang telah berkeluarga dan ingin membawa pulang suami/isteri masing-masing serta anak-anak ke kampung, pilihan utama adalah homestay yang berdekatan dengan rumah ibubapa. Disamping hajat untuk berjumpa orang tua tercapai, hajat untuk memberi kemudahan yang ada privasi kepada suami/isteri serta anak-anak juga dapat dipenuhi. Selain itu, ramai juga yang turut menyewa homestay untuk kemudahan bakal keluarga mertua menjelang hari perkahwinan. Keluarga mertua pasti senang hati kerana dapat duduk di sebuah rumah, siap dengan privasi yang diinginkan. 

Selain dari memenuhi kehendak privasi individu. homestay juga merupakan satu kemudahan yang sering digunapakai oleh syarikat-syarikat swasta (outstation) yang ada job di Tawau. Homestay sering disewakan untuk pekerja-pekerja mereka. Kenapa mereka memilih homestay? Kerana homestay boleh disewa secara mingguan dan tiada kontrak bulanan. Selain itu, peralatan di dalam homestay memang lengkap untuk kemudahan pekerja-pekerja mereka.

Akibat dari permintaan yang begitu tinggi, bisnes homestay tumbuh bagai cendawan di daerah Tawau. Tapi kami merupakan antara yang terawal dan berpengalaman di dalam bidang ini. Kami tahu kehendak anda. Oleh itu, jangan risau, jangan ragu. Kalau perlukan sebuah homestay yang memahami anda, hubungi kami segera. Sekarang kami telah menambah lagi unit homestay kami bagi kemudahan anda semua. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 013-5499-359. Sekiranya panggilan anda tidak terjawab, sila tinggalkan pesanan melalui sms/whatsapp. Terima kasih ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment