Saturday 6 February 2016

Selamat Tahun Baru Cina 2016



Kami bukan orang Cina tapi kami orang Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina 2016 kami ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merayakan perayaan Tahun Baru Cina. Kami di J3 Homestay berasa sangat bangga kerana kita di Malaysia dapat merayakan pelbagai perayaan bersama-sama dengan rakan-rakan kita yang berbilang kaum dan berbilang bangsa. Walaupun bukan berbangsa Cina, tapi kami sangat teruja untuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina ini dengan rakan-rakan kami yang menyambutnya.

Sambutan Tahun Baru Cina di Tawau memang meriah. Dan untuk makluman, sekarang ini sedang berlangsung festival Tahun Baru Cina di Padang Bandaran Tawau. Di tempat anda pula bagaimana? Di sepanjang Tahun Baru Cina ini kami di J3 Homestay agak sibuk sedikit. Ini kerana cuti Thaun Baru Cina pada kali ini agak panjang. Ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung semepena cuti ini dan ada juga yang mengambil kesempatan berjalan-jalan di Tawau. Homestay kami memang telah habis ditempah sejak hujung Januari lagi sehingga ke hujung cuti Tahun Baru Cina. Terima kasih banyak kepada mereka yang memberi sokongan.

Kepada rakan-rakan kami serta seluruh rakyat Malaysia yang menyambut Tahun Baru Cina, terima lah ucapan "Gong Xi Fa Cai" dari kami di J3 Homestay Tawau. Semoga sambutan Tahun Baru Cina kali ini meriah dan gembira disamping keluarga tersayang ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment