Thursday 21 January 2016

Jom Shopping di Pasar Gantung Tawau

Pasar Gantung Tawau


Siapa yang kaki shopping tu? Jom shopping di Pasar Gantung Tawau. Kalau nak tahu, pasar gantung Tawau ni memang feimes di kalangan pengunjung-pengunjung luar yang datang ke Tawau. Kalau datang saja ke Tawau, mereka pasti tidak akan lepaskan peluang berkunjung dan sekaligus membeli-belah di pasar gantung ini. 

Jadi apa yang menarik di pasar gantung? Dan kenapa dipanggil pasar gantung? Jawapan pada soalan pertama, apa yang menarik di pasar gantung ini ialah terdapat banyak souvenir atau cenderahati yang cantik-cantik dan murah-murah. Souvenir ini pula semuanya unik dan mempamerkan ciri-ciri "Tawau" yang tiada di tempat lain. Selain itu, bagi kaum hawa pula, reason paling top kenapa nak ke pasar gantung adalah disebabkan oleh mutiara. Di pasar gantung ni, ada pelbagai jenis mutiara asli yang cantik-cantik dan murah untuk dibeli. Kadang-kadang ada yang datang membeli mutiara-mutiara ini untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Kami di J3 Homestay Tawau memang rekemen beli mutiara di sini kerana ianya asli, hargnya murah dan designnya sangat menarik.

Selain dari souvenir dan mutiara, 1 sebab lagi mengapa orang pergi ke pasar gantung sebab nak beli pakaian, kain sarung, beg imitation dan juga alat solek (ya memang ada dijual di sini). Oh ya, pakaian yang dijual di pasar gantung ni hampir semua digantung dengan kemas dan tersusun sampai ke atas, itulah sebabnya pasar ini dinamakan pasar gantung, sebab semua pun digantung-gantung. Kebanyakan pakaian dan kain sarung yang dijual di pasar gantung ini datang dari Indonesia dan mempunyai kualiti yang sangat baik. Jadi jangan lupa beli sehelai dua untuk kawan-kawan dan sanak saudara sebagai buah tangan dari Tawau. Tapi kalau nak membeli-belah di Pasar Gantung ni kena ada skill tau. Kalau tak mesti dapat harga yang mahal-mahal punya. Untuk itu kami di J3 Homestay berbesar hati memberikan ebook PERCUMA Tips dan Trik Membeli belah Di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau

Nak tahu tak? Jarak pasar gantung dari J3 Homestay ini hanya 7.4KM saja. Tidak terlalu jauh dan agak dekat juga. Kami sarankan ikut laluan Jalan Kuhara dan kemudian terus ikut laluan di Jalan Tengku Osman-SMK Tawau untuk cepat sampai ke pasar Tanjung. Kepada yang datang shopping ke Pasar Tanjung Tawau ramai-ramai dan memerlukan homestay yang tidak terlalu jauh dari Pasar Gantung dan juga bandar Tawau, hubungi kami segera di J3 Homestay Tawau. Kadar sewaan murah menanti anda. Untuk tempahan online boleh klik butang tempahan di atas. Selain itu kami juga boleh dihubungi di talian 013-5499-359 (call/sms/whatsapp) untuk fast booking.  Hubungi kami segera ya, siapa cepat dia dapat ;)


Tempah Homestay Anda Sekarang
Online Booking: J3 Homestay Online Booking Form
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment