Saturday 11 April 2015

Invois Express J3 Homestay Tawau

Homestay Bajet Tawau


Kalau nak tahu, kami telah pun menggunakan invois express di J3 Homestay Tawau bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan. Invois ini akan dihantar melalui whatsapp ataupun mms ke telefon bimbit anda. Bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan dan membayar deposit RM50 ke dalam akaun kami, kami akan segera menghantarkan invois express ini kepada mereka selewat-lewatnya 24 jam dari tempoh mereka menghantar bukti pembayaran deposit. 

Apakah kegunaan invois express ini? Antaranya, ia umpama dokumen rasmi perjanjian antara pelanggan dan juga pihak J3 Homestay Tawau mengenai tempahan homestay pada tarikh-tarikh tertentu. Jadi kepada bakal pelanggan kami, anda semua tidak perlu ragu. Kami di J3 Homestay akan memberikan "black & white" atas tempahan anda. Bukan sekadar "cakap-cakap" di whatsapp atau sms sahaja. Kita ada dokumen sebagai bukti. Best kan?

Selain daripada itu, antara maklumat yang dipaparkan di homestay adalah jumlah bayaran yang perlu dijelaskan lagi semasa check in. Ini penting kerana anda tidak perlu tertanya-tanya lagi 2-3 kali tentang baki bayaran yang perlu dijelaskan. Semuanya jelas disitu. Invois express ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana ianya akan dihantar ke telefon bimbit anda. Tak perlu kertas yang mungkin akan hilang. Invois express ini sebenarnya merupakan satu lagi inovasi kami di J3 Homestay Tawau untuk anda semua. Kalau nak tahu, ia sebenarnya sebuah aplikasi android yang kami cipta untuk memudahkan urusan penghantaran dan penyimpanan invois semua pelanggan-pelanggan kami.

Jadi tunggu apa lagi ya? selain menyediakan homestay yang paling murah di seluruh Tawau, kami juga yang paling berinovasi sekali. Anda juga mendapat manfaatnya. Memang sangat mudah berurusan dengan kami. Jadi kalau datang ke Tawau, silalah pilih kami sebagai tempat penginapan untuk anda sekeluarga. Gerenti best punya ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

No comments:

Post a Comment