Friday 24 July 2015

UK Funfair Kini Di Tawau


Ya, UK Funfair kini berada di Tawau. Kalau nak tahu, UK Funfair memang sering menjadikan Tawau sebagai tempat persinggahan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh warga Tawau yang memang cukup gemar membawa anak-anak dan keluarga berhibur di funfair ini setiap kali funfair ini berada di Tawau. Sedikit info, kami di Tawau tak panggil tempat ni sebagai funfair. Kami di sini panggil "pampe" saja. Jadi kalau anda terdengar orang Tawau menyebut "pampe", mereka sebenarnya sedang bercakap mengenai FUNFAIR ;)

Kami di J3 Homestay Tawau tidak pernah ketinggalan pergi ke UK Funfair setiap kali mereka datang ke Tawau. Ini kerana permainan di dalam funfair ini agak menarik dan suasana di dalam funfair pun cukup meriah dan bercahaya.  Funfair mula dibuka bermula jam 6.30 petang sehingga 12.00 malam. Tiket masuk ke dalam funfair hanya RM2.00 sahaja dan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun boleh masuk dengan percuma tanpa bayaran. Walaupun harga tiket masuk adalah amat murah, tetapi caj setiap permainan pula tidaklah begitu murah. Hampir semua permainan di dalam funfair ini dicaj pada kadar 2 token sekali main. Nilai 2 token = RM4.00. Jadi maksudnya, setiap kali nak main tu kena bayar paling minimum RM4.00. Ada juga permainan yang caj 3 token setiap kali main, iaitu RM6.00.

Tapak UK Funfair di Tawau terletak di batu 1.5 Jalan Apas Tawau, iaitu berhadapan dengan Takada dan Eastern Plaza Tawau. Jarak funfair dengan J3 Homestay Tawau agak dekat, iaitu dalam 8 minit perjalanan sahaja menaiki kereta. Pada pelanggan J3 Homestay yang berminat pergi ke funfair ini nanti, pastikan anda datang awal. Ini kerana bermula dari jam 7.30 malam ke atas, jalan akan jadi begitu sesak di sekitar kawasan funfair, tempat parking pun mungkin penuh juga. Kalau dah bermain-main di funfair dan terasa lapar, anda semua boleh menyeberang jalan dan pergi ke pasar malam Takada. Di situ terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti Bakso, sayap ayam panggang, nasi lalap dan lain-lain lagi.

Kami tidak pasti sampai bila UK Funfair akan berada di Tawau pada kali ini, tapi biasanya mereka akan buka funfair selama 1 bulan. Jadi kalau anda berada di Tawau sekarang, jangan ketinggalan pergi ke funfair ini bersama keluarga dan anak-anak. Bagi yang berada di luar kawasan Tawau tapi ingin pergi ke funfair, jangan risau. Datang saja ke Tawau. Untuk tempat tinggal dan pengangkutan, kami di J3 Homestay ada sediakan yang murah untuk anda. Jadi kalau anda datang nanti, hubungi saja kami di talian 013-5499-359 (Whatsapp/SMS) untuk menempah homestay dan juga kereta sewa yang paling murah di Tawau. Jangan lupa tau ;)


Tempah homestay anda sekarang:




No comments:

Post a Comment