Monday 23 June 2014

Puasa Di Tawau, Apa Yang Best?

Juadah Puasa J3 Homestay Tawau

Puasa di Tawau, apa yang best ya? Antaranya sudah tentulah makanan yang beraneka jenis di bazaar-bazaar ramadhan. Yang menjadi kesukaan ramai biasanya adalah ABC ataupun cendol. Selain itu, ada sate, sayap ayam panggang, ayam percik dan macam-macam lagi. Di Tawau, antara bazaar ramadhan yang menjadi kunjungan ramai orang adalah bazaar ramadhan di depan bangunan fujimart. Memang sesak dengan manusia tempat tu setiap kali puasa menjelma. Selain itu, bazaar ramadhan di Taman Semarak, di depan sabindo plaza dan juga di depan bangunan MARA pun terkenal juga. Dinasihatkan kalau mahu ke sana, baik naik motosikal la kerana jem yang teramat sangat. Selain dari makanan, ada satu perkara lagi yang best di Tawau apabila tiba bulan puasa nanti. Apakah itu?? 

Promosi Bulan Ramadhan J3 Homestay Tawau

Ya, inilah dia. Sempena bulan puasa yang bakal menjelang tiba juga, kami di J3 Homestay Tawau mengambil inisiatif untuk memberi potongan harga yang bukan main hebat lagi kepada para pengunjung yang datang ke daerah Tawau. Potongan sebesar 10% ini kami berikan kepada para pelanggan yang membuat tempahan dan menginap di J3 Homestay Tawau bermula dari 29 Jun 2014 - 29 Julai 2014. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya terhad kepada 15 orang yang terawal membuat tempahan. Jadi, siapa cepat dia dapat. Potongan harga sebanyak 10% ini akan diberi untuk jumlah keseluruhan sewa. Contohnya, anda menyewa selama 3 malam, maka jumlahnya adalah RM180 x 3 malam x (10%) = RM486 sahaja. Tanpa potongan harga, sewa selama 3 malam = RM540. Jadi anda sudah jimat RM54 disitu. Boleh pakai untuk membeli juadah berbuka puasa di bazaar-bazaar ramadhan nanti kan?

Untuk mendapatkan potongan harga ini, sila hubungi J3 Homestay Tawau bermula 29 Jun nanti. Sebelum 29 Jun tidak akan dikira ya. Jadi bermula 29 Jun 2014, sms/whatsapp kami laju-laju di talian 013-5499-359. Kami memang mengalu-alukan panggilan dari anda semua. Kami berjanji akan membuat yang terbaik untuk anda semua. Terima kasih :)


=KLIK DI SINI UNTUK TEMPAH=



J3 Homestay Tawau


No comments:

Post a Comment