Friday 7 August 2015

5 Cara Hebat Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Cara elak rumah dimasuki pencuri oleh J3 Homestay Tawau


Kejadian kecurian sedang menjadi-jadi di Tawau sekarang ini. Tidak kira lah rumah kampung atau rumah taman, semuanya jadi sasaran pencuri. Oleh itu kami di J3 Homestay Tawau ingin berkongsi tips dan 5 cara yang hebat untuk elakkan rumah dari dimasuki pencuri. Cara ini hebat kerana tidak memerlukan kos membeli CCTV yang tinggi, amat murah dan sangat mudah untuk dilakukan. Untuk makluman, pencuri yang memasui rumah kita sebenarnya sudah lama "mengintip" pergerakan kita. Mereka tahu jam berapa kita ada di rumah, jam berapa kita mandi kalau pagi, jam berapa kita keluar mengambil anak dari sekolah dsb. Mereka juga sudah tahu di mana soft spot di rumah itu untuk mereka masuki nanti. Pencuri tidak masuk secara rawak. Mereka memang dah target lama sebelum memecah masuk rumah anda.

1. Pastikan pintu rumah dan tingkap anda berkunci
Kalau nak tahu 2/5 dari rumah yang berjaya dimasuki pencuri tidak berkunci pintunya dan tidak berkunci tingkapnya. Ini biasanya berlaku di rumah yang mempunyai sliding door/window. Pada anggapan tuan rumah, kalau sudah kunci grill, mka tidak perlulah kunci sliding door atau sliding window. Cuma perlu tutup sahaja. Ini merupakan kesilapan besar. Anda sebenarnya memberi peluang mudah kepada pencuri untuk memasuki rumah anda. Kunci grill adalah hampir sama untuk setiap rumah. Mereka sudah pasti ada universal key untuk masuk bypass grill anda. Kalau tidak pun, mereka akan menggunakan "jack" untuk memecahkan grill anda. Untuk pencuri yang expert, tak sampai 30 minit mereka boleh buat tu semua. Bila anda tidak kunci pintu dan tingkap, maka anda memang sudah bagi pass percuma kepada pencuri untuk masuk ke rumah anda. Jadi pastikan pintu dan tingkap anda sentiasa berkunci.

2. Letakkan batang kayu sebagai pengadang di sliding door/window anda
Selepas mengunci sliding door/window anda, pastikan anda meletakkan sebatang kayu atau batang penyapu sebagai pengadang di pintu tersebut. Walaupun pencuri dapat membuka lock pintu anda, tapi pasti dia akan mengalami kesukaran untuk memasuki rumah anda bila sliding door/window anda tersangkut akibat ada pengadang kayu diletakkan. Ini akan melengahkan pencuri dan membuat mereka rasa susah untuk memasuki rumah anda. Kalau dia tidak berjaya membuka sliding door tersebut, mungkin dia akan abaikan terus rumah anda. Dan kalau dia cuba sekali pun, pasti  bunyi bising yang dia buat semasa hendak memecahkan pintu itu boleh mengejutkan anda sekeurga dari tidur dan sekaligus menggagalkan rancangan jahat pencuri itu tadi.

3. Letakkan kerusi dan pinggan mangkuk di sebalik pintu.
Untuk rumah yang tidak menggunakan sliding door, tapi menggunakan pintu yang biasa, sila lah letakkan sebuah kerusi betul-betul di sebalik pintu anda sebelum tidur malam. Di atas kerusi itu letakkan pinggan mangkuk porselin yang mudah pecah. Beli yang murah-murah sahaja dari kedai. Apabila pencuri menolak atau menyepak pintu rumah anda dalam cubaan untuk pecah masuk, dia sekaligus akan menjatuhkan segala pinggan mangkuk dari kerusi di sebalik pintu itu dan mengakibatkan bunyi yang sangat bising. Hal ini akan membuatkan pencuri itu terkejut dan melarikan diri. Bunyi bising dari pinggan mangkuk yang jatuh dan pecah itu juga pasti akan mengejutkan anda dari tidur dan menyelamatkan rumah anda dari pencuri berkenaan.

4. Tidur dengan alarm kereta di samping anda
Ini merupakan cara paling mudah untuk dilakukan. Pastikan anda meletakkan kunci kereta anda di bawah bantal sebelum tidur. Di tengah malam ataupun di waktu subuh sekiranya anda terbangun akibat mendengar bunyi yang mencurigakan di rumah anda, jangan fikir panjang dan terus tekan alarm kereta anda. Kalau anda ada tiga kereta, tekan ketiga-tiga alarm kereta anda tanpa was-was. Bunyi bising dari alarm kereta tanpa henti akan mengejutkan pencuri dan mereka akan tahu yang gerak-geri mereka sudah diketahui. Usaha mencuri mereka akan terbantut dan mereka mungkin akan melarikan diri.

5. Beli alarm pintu dan alarm tingkap made in china
Percaya atau tidak, alarm ini sangat-sangat murah dan sangat berkesan. Alarm ini hanya berharga dalam lingkungan RM5 seunit dan boleh dibeli di mudah.my. Anda hanya perlu melekatkan alarm itu di pintu atau menggantung alam itu di tombol pintu dan tingkap anda. Baru sahaja pencuri memegang pintu atau tingkap, alam ini akan berbunyi dengan cukup nyaring tanpa henti. Sekiranya pencuri itu ada penyakit jantung, mungkin dia boleh meninggal dunia serta-merta kerana terkejut mendengar bunyi nyaring pada desibel yang begitu tinggi dari alarm itu tadi. Alarm ini mampu menyelamatkan rumah anda pada kos yang begitu rendah, percayalah.


Jadi begitulah perkongsian kami untuk kali ini. Kami di J3 Homestay Tawau amat berharap agar tips yang kami kongsikan ini dapat membantu anda semua. Yang paling penting sekali, jangan bagi peluang pada pencuri untuk memilih rumah anda. Pastikan rumah anda sentiasa terang benderang di malam hari, ini kerana pencuri suka beroperasi dalam keadaan yang gelap. Jadi hidupkan lampu diluar rumah sepanjang malam. Pastikan kawasan rumah sentiasa terang. Tanam tanaman yang tajam di sekeliling rumah dan buat pencuri berfikir, oh susahnya kalau nak lari keluar dari rumah ni nanti, banyak sangat halangan. Okey lah. semoga kita semua selamat dari ketamakan pencuri. Sekian dulu perkongsian dari J3 Homestay Tawau untuk anda semua.


Tempah homestay anda sekarang:

No comments:

Post a Comment