Wednesday, 17 June 2015

Homestay Paling Prihatin Di Tawau

Tawau Homestay


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca setia blog kami. Sempena bulan Ramadhan ini jangan lepaskan peluang menginap di homestay yang paling prihatin di Tawau ini. Selain menawarkan kadar sewa homestay yang paling murah di Tawau, kami juga menawarkan homestay yang paling LENGKAP untuk anda.

Untuk makluman, kami bukan setakat menyediakan kuali dan dapur gas untuk anda memasak. Kami beri anda lebih dari itu. Atas dasar keprihatinan kami atas keperluan anda, maka kami semenjak dulu lagi telah menyediakan peralatan memasak yang betul-betul lengkap seperti di rumah sendiri di Homestay kami. Beras, garam, gula, bawang. minyak masak semua kami sediakan. Anda cuma perlu beli sayur dan daging/ikan sahaja untuk dimasak.

Sekiranya anda menginap di J3 Homestay Tawau pada bulan puasa ini, anda tidak perlu lagi berbelanja lebih membeli makanan di luar sebagai juadah berbuka puasa. Ini kerana anda boleh menyediakan juadah tersebut dengan mudah di homestay kami. Tidak perlu pening-pening fikir nak beli beras dan minyak masak. Semua sudah disediakan. Kami pasti, anda akan berpuashati memasak juadah berbuka puasa untuk keluarga anda di homestay kami.

Jadi jangan ketinggalan. Homestay kami bukan hari-hari kosong. Hubungi kami segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan sekarang. Selain dari peralatan memasak yang super complete, homestay kami juga merupakan antara homestay yang langsung tidak mengenakan caj tambahan jika anda datang dalam kumpulan yang ramai. Kami memang betul-betul prihatin dengan keperluan anda. Jadi tunggu apa lagi, hubungi kami sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Wednesday, 13 May 2015

J3 Homestay Tawau Fully Booked

Homestay Tawau
call/sms/whatsapp 013-5499-359 untuk tempahan di tarikh lain

Untuk makluman semua, J3 Homestay Tawau telah pun fully booked untuk tarikh seperti yang tertera di atas, iaitu dari 28 Mei 2015 hingga 7 Jun 2015. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan.

Kalau nak tahu, tarikh di hujung-hujung bulan Mei sememangnya adalah tarikh yang sangat "hot". Bayangkanlah, hampir berpuluh-puluh panggilan, sms dan whatsapp yang kami terima dari mereka yang ingin menempah homestay di penghujung bulan Mei ini. Paling top adalah tarikh 30 & 31 Mei. Maklumlah, tarikh berkenaan merupakan cuti Pesta Kaamatan bagi seluruh rakyat di negeri Sabah. Selain itu, tarikh berkenaan juga sememangnya adalah tarikh bagi cuti sekolah. Jadi tidak hairanlah kalau ramai sungguh yang ingin menempah homestay pada tarikh berkenaan.

Nampaknya ramai yang ingin ke Tawau pada tarikh berkenaan kan? mungkin untuk bercuti, mungkin juga untuk menghadiri event seperti perkahwinan ahli keluarga. Tapi dukacita dimaklumkan, J3 Homestay Tawau memang sudah fully booked ya untuk penghujung Mei hingga ke awal Jun nanti. Suka kami nasihatkan di sini, sekiranya tidak ingin terlepas menginap di J3 Homestay Tawau, silalah membuat tempahan awal. Deposit hanya RM50 sahaja untuk tempahan dan kami juga akan memberi invois check-in untuk anda selepas pembayaran deposit. Jadi tempahan anda adalah selamat. Ramai yang kecewa sebenarnya kerana sudah tiada kekosongan di homestay kami. Tak mengapa, lain kali kalau datang ke Tawau, cepat-cepat hubungi kami ya. 

Kepada yang telah membuat tempahan awal, terima kasih. Kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan, terima kasih. Pokok pangkalnya, terima kasih pada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Dengan adanya sokongan anda, J3 Homestay akan kekal berdiri di Tawau sebagai homestay peneraju harga murah untuk anda semua. Trimas ;)



Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau



Monday, 4 May 2015

Tawau Bajet Homestay


Sudah 4 hari kita di bulan Mei. Terima kasih pada semua yang sudi menginap di Tawau Bajet Homestay atau J3 Homestay Tawau sepanjang bulan April yang lepas. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Pada bulan April kebanyakan tetamu kami datangnya dari mereka-mereka yang berkonvoi dan juga rombongan meminang. Ada juga yang terdiri dari pelajar-pelajar IPT. Terima kasih semua ya. Harap-harap anda semua berpuashati dengan perkhidmatan yang kami sediakan di J3 Homestay Tawau.

Untuk bulan Mei ini penjimatan diteruskan seperti biasa. Status bajet homestay akan kami kekalkan. Walaupun berstatus bajet, tapi perkhidmatan yang kami sediakan di homestay kami adalah yang paling mantap di Tawau. Harapan kami agar anda berasa berbaloi dengan bayaran yang anda bayar kepada kami. Sekiranya anda berminat mahu menyewa homestay ini pada bulan ini ataupun mahu membuat booking untuk bulan-bulan yang akan datang, sila hubungi kami di talian 013-5499-359. Sekiranya tidak dapat bercakap dengan kami, sila tinggalkan pesanan melalui whatsapp ataupun sms. Kami akan segera membalas.

Untuk tempahan, kami cuma memerlukan deposit sebanyak RM50 sahaja. Selepas anda membuat bayaran deposit, kami akan menghantar invois express melalui whatsapp kepada anda. Jadi jangan ragu-ragu untuk menginap di J3 Homestay Tawau iaitu pelopor homestay bajet di daerah Tawau ini. Hubungi kami dengan segera di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan anda sekarang ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau

Monday, 27 April 2015

Bajet Homestay Tawau

Bajet Homestay Tawau

Gambar di atas merupakan iklan kami di mudah.my dan kami kategorikan homestay kami sebagai  Bajet Homestay Tawau. Maklum lah, sewa pun murah-murah sahaja, jadi memang kategori bajet la. Homestay kami adalah seperti gambar di atas. Ada tiga tingkat semua. Bila anda sewa homestay kami, anda akan dapat ketiga-tiga tingkat tu semua sekali. Memang paling murah la di Tawau. Itu memang konfirm. Kadang-kadang kami lucu juga dengar customer bila mula-mula call, mereka mesti cakap "kami nak yang first floor ye". Sebenarnya, bila anda bayar sewa RM190/mlm, kami bagi bukan setakat first floor saja, tapi semua floor.

Yes, dengan bayaran RM190/mlm, anda dapat sebuah rumah seperti dalam gambar di atas. Rumah itu pula ada 4 bilik, 3 bilik air dan peralatan di dalam semua lengkap 100%. Dengan bayaran RM190/mlm, itu yang anda dapat. Memang berbaloi dengan setiap sen dan ringgit yang anda laburkan. Terima kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan pada J3 Homestay Tawau selama ini. Untuk makluman, setiap hari kami mendapat cukup banyak panggilan telefon berkenaan Homestay Bajet kami ini. Kami memohon maaf atas setiap panggilan yang tidak sempat kami jawab. Pun begitu, kami telah menggunakan sistem autosms yang membolehkan anda meninggalkan mesej tempahan kepada kami.


Tawau Bajet Homestay


Sekiranya panggilan anda tidak sempat kami jawab, kami mohon agar anda dapat menghantar sms/whatsapp kepada kami dengan memberi details seperti berikut:

Nama Penuh
Tarikh dijangka check-in ke homestay
Tarikh dijangka check-out dari homestay

Ini bagi memudahkan kami membuat semakan pantas dan memaklumkan anda sekiranya terdapat kekosongan pada tarikh yang diinginkan. Diharapkan dengan cara alternatif ini anda tidak akan terlepas peluang lagi dari menginap di homestay yang paling best di Tawau ini. Kami di J3 homestay Tawau sentiasa mengalu-alukan panggilan telefon dan juga pesanan mesej dari anda semua. Ini kerana, tanpa anda, siapalah kami. Jadi tunggu apa lagi? berminat mahu tinggal di homestay bajet di Tawau yang konfirm puashati? jangan lupa hubungi kami di J3 Homestay 013-5499-359 ;)




Saturday, 11 April 2015

Invois Express J3 Homestay Tawau

Homestay Bajet Tawau


Kalau nak tahu, kami telah pun menggunakan invois express di J3 Homestay Tawau bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan. Invois ini akan dihantar melalui whatsapp ataupun mms ke telefon bimbit anda. Bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan dan membayar deposit RM50 ke dalam akaun kami, kami akan segera menghantarkan invois express ini kepada mereka selewat-lewatnya 24 jam dari tempoh mereka menghantar bukti pembayaran deposit. 

Apakah kegunaan invois express ini? Antaranya, ia umpama dokumen rasmi perjanjian antara pelanggan dan juga pihak J3 Homestay Tawau mengenai tempahan homestay pada tarikh-tarikh tertentu. Jadi kepada bakal pelanggan kami, anda semua tidak perlu ragu. Kami di J3 Homestay akan memberikan "black & white" atas tempahan anda. Bukan sekadar "cakap-cakap" di whatsapp atau sms sahaja. Kita ada dokumen sebagai bukti. Best kan?

Selain daripada itu, antara maklumat yang dipaparkan di homestay adalah jumlah bayaran yang perlu dijelaskan lagi semasa check in. Ini penting kerana anda tidak perlu tertanya-tanya lagi 2-3 kali tentang baki bayaran yang perlu dijelaskan. Semuanya jelas disitu. Invois express ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana ianya akan dihantar ke telefon bimbit anda. Tak perlu kertas yang mungkin akan hilang. Invois express ini sebenarnya merupakan satu lagi inovasi kami di J3 Homestay Tawau untuk anda semua. Kalau nak tahu, ia sebenarnya sebuah aplikasi android yang kami cipta untuk memudahkan urusan penghantaran dan penyimpanan invois semua pelanggan-pelanggan kami.

Jadi tunggu apa lagi ya? selain menyediakan homestay yang paling murah di seluruh Tawau, kami juga yang paling berinovasi sekali. Anda juga mendapat manfaatnya. Memang sangat mudah berurusan dengan kami. Jadi kalau datang ke Tawau, silalah pilih kami sebagai tempat penginapan untuk anda sekeluarga. Gerenti best punya ;)


Tempah homestay anda sekarang:
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : homestaytawau@gmail.com
FB: www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau